Peminat meluahkan rasa gembira dan teruja apabila penyanyi popular Korea Selatan iaitu Jennie Kim dari kumpulan Blackpink akhirnya mewujudkan akaun TikTok.
Welcome to TikTok
Hal itu dapat dilihat pada komen yang ditinggalkan peminat di ruangan balas pada video yang dimuat naik Jennie di platform tersebut.
Malah, ada segelintir warganet yang berseloroh mengatakan mereka seakan tidak percaya penyanyi itu akhirnya muncul di TikTok.
Menerusi pemerhatian , Jennie memuat naik video pertamanya pada 19 Jun lalu dan konten tersebut meraih 9 juta tanda suka serta 37 juta tontonan.
Sementara itu, video kedua yang dikongsikan penyanyi berkenaan adalah pada 20 Jun dan berjaya meraih 1 juta tanda suka serta 4 juta tontonan dalam tempoh sehari.
Sehingga artikel ini ditulis, akaun yang menggunakan nama @jennierubyjane itu telah memiliki seramai 5.5 juta pengikut.
Video
@jennierubyjaneHi? SOLO – ?? (JENNIE)