Pempengaruh media sosial, Adira Salahudi meluahkan perasaan ingin mati rasa terhadap semua perkara yang dilaluinya.
Artikel berkaitan: Pempengaruh Minta Maaf Tersilap Muat Naik Foto ‘Free Hair’, ‘Caption’ Sedih Undang Tanda Tanya – ‘Semoga Mama Sempat Jumpa Awak’
Artikel berkaitan: Kemaruk Kejar Cinta, Lelaki Obses Bakar Influencer Sampai Mati..Sorok Mayat Dalam Kereta
Keinginan mati rasa
Menerusi perkongsian di Instagram, Adira memuat naik video mesra bersama suaminya, Ammar Azizzan dan meminta meyakinkan dirinya untuk melalui masalah bersama.
Adakalanya keinginan terbesar seseorang adalah mati rasa pada apa pun. Jadi tolong yakinkan aku bahawa semuanya akan baik-baik saja, genggam tanganku untuk melewati semuanya.
Doa baik-baik, cakap yang baik-baik. Semoga yang baik-baik juga akan datang pada kita.
Meninjau di ruangan komen, Ammar tampil memohon maaf kepada Adira kerana telah mengecewakan dan menyakiti hati isterinya itu.
Saya minta maaf saya untuk semua hal yang saya lakukan. Menyakitimu, maaf buat awak kecewa sedih dan menangis.
Awak tahu saya sayang awak sangat dan tak ada orang boleh ganti tempat awak dalam hidup saya.
Terdahulu, hantaran di Instagram Adira mengundang tanda tanya netizen apabila memuat naik foto ‘free hair’ atau tidak bertudung beserta ‘caption’ sedih mengenai kehamilan anak ketiganya.