Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Sunday, December 22, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentPempengaruh Islamik Diserang Netizen, Sedih Terpaksa Jual Barangan Jenama Mewah?

    Pempengaruh Islamik Diserang Netizen, Sedih Terpaksa Jual Barangan Jenama Mewah?

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Di TikTok, tular beberapa tangkap layar memaparkan hantaran dimuat naik seorang pempengaruh Islamik yang sedih kerana terpaksa menjual barangan peribadi mewah miliknya.

    Jual nak dapatkan wang

    Menerusi perkongsian yang dimuat naik @revskimer, pempengaruh berkenaan memuat naik gambar beberapa barangan peribadi mewah miliknya yang mahu dijual menerusi hantaran di Instagram (IG).

    Pempengaruh itu juga memaklumkan dirinya berasa sedih kerana terpaksa membawa barangan itu ke sebuah pusat membeli belah untuk dijual bagi mendapatkan wang.

    Kami pergi ke sebuah pusat membeli belah untuk menjual barangan kami. Hati saya diselubungi kesedihan tetapi fikiran saya dikawal oleh realiti.

    Berjalan ke kedai dengan beg berjenama dan dalam masa yang sama cuba meyakinkan hati saya untuk melepaskan sesuatu yang benar-benar akan diingati oleh saya.

    Tetapi saya tahu itu adalah satu-satunya cara untuk mendapatkan wang. Ia bukan tentang jenama tetapi lebih kepada nilai sentimental yang pada barangan itu.

    Walau bagaimanapun, hantaran tersebut telah pun dipadam pempengaruh tersebut selepas difahamkan menerima kecaman teruk daripada netizen.

    ‘Itu bukan hak kamu pun’

    Menerusi hantaran sama yang dimuat naik @revskimer, terdapat satu tangkap layar memaparkan hantaran dibuat sebuah laman Facebook yang tampil memberikan respon terhadap posting pempengaruh berkenaan.

    Menerusi hantaran tersebut, laman Facebook tersebut berpendapat pempengaruh berkenaan tidak sewajarnya berasa sedih kerana barang-barang berjenama itu didakwa dibeli dengan hasil wang yang telah mereka seleweng.

    ‘Wait a minute’, itu bukan hak kamu sebab kami beli dengan duit yang kamu curi.

    Sementara itu, pengelola akaun tersebut juga mendakwa pempengaruh berkenaan juga menggunakan akaun IG yang baharu namun sudahpun dinyahaktif.

    Sekadar info, sebelum ini media melaporkan terdapat pasangan pempengaruh yang terpalit dengan isu dakwaan menyeleweng kutipan derma ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

    ALSO READ:  Hafiz Suip Luah Perasaan Di TikTok? – ‘Jangan Paksa Mereka Menyukaimu’

    Pasangan itu kemudiannya ditahan pihak SPRM bagi membantu siasatan sebelum dibebaskan dengan jaminan sebanyak RM100,000 setiap seorang.

    Meskipun dibebaskan, mereka dilaporkan perlu melapor diri ke pejabat SPRM sebulan sekali sehingga siasatan mengenai kes dakwaan melibatkan mereka berdua selesai.

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts