Pempengaruh media sosial, Adira Salahudi tampil memohon maaf selepas tersilap memuat naik foto di Instagram Story tanpa berhijab.
Artikel berkaitan: Bekas Isteri Dakwa Pempengaruh Curang – ‘Tak Cukup Dengan Staf, Bini Orang Pun Sanggup Awak Sailang?’
Artikel berkaitan: [VIDEO] ‘Kawan Adalah Maut’ – Bekas Isteri Pempengaruh Beri ‘Hint’ Individu Ganggu Rumah Tangga?
‘Saya tersilap post’
Menerusi hantaran di Instagram Story, Adira meminta agar hantaran sebelumnya itu dipadam dan tidak disebarkan bagi sesiapa yang sempat ‘screenshot’.
Salam semua. Terima kasih bagi yang ambil berat tentang posting Dira tadi. Dira mohon sesiapa yang tengok, jangan sebarkan. Dira tersilap post.
Kalau ada sesiapa yang screenshot mohon padam ya. Terima kasih korang.
Hasil tinjauan di ruangan komen media sosial Adira, rata-rata netizen terkejut dan bimbang dengan hantaran yang sudah dipadam itu.
Sempat tengok gambar tadi. Ayat dekat gambar tu macam dia tak okay je. Hmm.
Weh Mamadira okay tak? Kenapa tiber ni? Terkejut kita tengok IG Story dia.
Caption nya pun gitu. Are you okay kak Dira?
Terdahulu, Adira memuat naik foto ‘free hair’ dan tidak bertudung di sebuah kedai pakaian kanak-kanak dengan mengenakan pelitup muka.
Di dalam hantaran tersebut, ‘caption’ Adira juga mengundang tanda tanya tentang kehamilan cahaya mata ketiganya.
Semoga mama sempat jumpa awak.