Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentPempengaruh TikTok Mengaku Tidak Bersalah Guna Wang Konsert Goyang Asia Koplo Milenia...

    Pempengaruh TikTok Mengaku Tidak Bersalah Guna Wang Konsert Goyang Asia Koplo Milenia Anjuran Pelakon Terkenal

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


     


    Seorang pempengaruh yang menjadi Perunding Pengurusan Acara bagi Konsert Goyang Asia-Koplo Milenia yang dikenali sebagai Rabiatul Addawiyah Izzadin didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada Jumaat atas pertuduhan penyalahgunaan wang melibatkan penganjuran konsert tersebut.

    Mengaku tak bersalah

    Gambar sekadar hiasan

    Mengikut pertuduhan, Rabiatul selaku Orang Kena Tuduh (OKT) didakwa mengambil wang milik syarikat Mission Sight Sdn Bhd berjumlah RM237,370.

    Ia bagi menguruskan konsert Goyang Asli Koplo Milenia tahun lalu namun tertuduh gagal berbuat demikian dan menggunakan wang terbabit bagi kegunaan sendiri yang mana wang diambil bukan miliknya.

    OKT bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan mengikut seksyen 403 Kanun Keseksaan dibacakan di hadapan Hakim Azrul Darus.

    Mahkamah kemudiannya membenarkan OKT untuk dibebaskan dengan ikat jamin sebanyak RM20,000 dengan seorang penjamin namun peguam yang mewakili OKT, Bernard Francis memohon agar bayaran ikat jamin itu dikurangkan atas faktor mempunyai empat orang anak yang masih kecil dan suaminya baru sahaja diisytiharkan sebagai muflis.

    Selepas mendengar rayuan, Hakim membenarkan OKT untuk dibebaskan dengan ikat jamin sebanyak RM12,000 dengan seorang penjamin warganegara.

    Mahkamah juga menetapkan 17 Julai depan untuk sebutan semula.

    Terdahulu, seorang pelakon terkenal mendedahkan dirinya mengalami kerugian kira-kira RM1 juta apabila ditipu konsultan yang menguruskan konsert anjuran pertamanya itu.

    Pelakon tersebut kemudiannya membuat laporan polis di Balai Polis Brickfields pada 14 Jun tahun bagi tujuan tindakan undang-undang.

    Penipuan itu telah menyebabkan konsert yang dianjurkan telah tertangguh sebanyak tiga kali sebelum akhirnya berjaya dianjurkan pada 27 Januari lalu bertempat di Zepp, Kuala Lumpur.

    The following two tabs change content below.

    ALSO READ:  Cabaran Menyamai Watak 'Mat Dat' – Pekin Ibrahim
    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts