Pelakon jelita, Datin Intan Najuwa mencuri perhatian netizen apabila hadir ke sebuah majlis pembukaan rasmi butik kasut jenama mewah di Kuala Lumpur bersama suaminya, Datuk Ahmad Asraf Azman, baru-baru ini.
Menerusi beberapa foto yang dimuatnaik dI Instagram, Datin Intan kelihatan anggun mengenakan dres hitam paras lutut, manakala Datuk Ahmad Asraf segak menggayakan sut hitam dengan rona yang sama.
“It’s me & you against the world ♡.”-kapsyen Intan Najuwa di Instagram
“Datuk Dah Kurus, Kelihatan Muda Seperti Budak Kolej…”
Di ruangan komen, rata-rata netizen memuji pasangan suami isteri ini yang baru sahaja mendirikan rumah tangga pada Ogos 2023 lalu, malah ada yang berpendapat suami kepada Intan kelihatan sangat muda dari usia yang sebenar.