Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentPenampilan Puteri Sulung Dalam Muzik Video “Cinta Hatiku”, Wany Hasrita Minta Izin...

    Penampilan Puteri Sulung Dalam Muzik Video “Cinta Hatiku”, Wany Hasrita Minta Izin Suami

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Selepas lebih setahun menjalani kehidupan sebagai isteri dan kini bergelar ibu, pemilik nama WANY HASRITA kini kembali mempertontonkan Muzik Video CINTA HATIKU kepada peminat.

    Penampilan Buah Hati

    via FMC Music

    Berbeza dengan semua single dan muzik video sebelum ini, Wany begitu teruja untuk berkongsi penampilan buah hatinya Aishah Al Iman yang kini berusia hampir 4 bulan di dalam muzik video terbaru yang telah dilancarkan pada 02hb November 2023 yang lepas.

    CINTA HATIKU merupakan single terbaru yang cukup istimewa buat Wany di mana lagu tersebut mengisahkan tentang rasa kasih dan sayang seorang ibu pada kurniaan terhebat Illahi.

    Meminta Izin Suami

    Bercakap tentang penampilan istimewa Aishah Al Iman di di dalam muzik video single terbaru CINTA HATIKU yang telah dilancarkan, Wany sangat berterima kasih pada suami yang dikasihi kerana memahami dan mengizinkan penglibatan Aishah dalam muzik video Cinta Hatiku.

    Menurut Wani, Aishah masih sangat kecil, jadi Wany perlu meminta persetujuan suami dulu.

    Berterima Kasih Kepada Penyokong

    via FMC Music

    Tambah Wany lagi, dia sangat berterima kasih pada semua penyokong Wany yang masih sayang wany walau pun Wany kini bergelar isteri dan ibu.

    Dia mengharapkan agar peminatnya menyukai dengan buah tangan terbaru Wany ini.

    Wany juga turut mengucapkan rasa sayang yang tidak terhingga buat ibunya yang selama ini telah banyak bekorban membesarkan Wany.

    Tambah Wany, pengalaman setelah bergelar ibu itu membuatkan Wany lebih rasa nak menghargai ibunya.

    Lagu CINTA HATIKU merupakan ciptaan Rudy Nastia dan Lirik oleh Mawar Kasih.

    Related articles

    Follow Us

    20,249FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts