Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentPenampilan Terkini Puteri Ameerah Wardatul Ketika Istiadat Perkahwinan Diraja Tuai Pujian Ramai

    Penampilan Terkini Puteri Ameerah Wardatul Ketika Istiadat Perkahwinan Diraja Tuai Pujian Ramai

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Selain daripada pasangan mempelai diraja; adinda Yang Teramat Mulia Pengiran Muda Abdul Mateen turut menuai pujian ramai.

    Hanya dua perkataan sahaja yang sesuai untuk huraikan penampilan Yang Teramat Mulia (YTM) Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Ameerah Wardatul Bolkiah iaitu elegan dan eksklusif!

    Mana taknya, jika kamu melihat istiadat perkahwinan kakandanya; pasti kamu juga terpegun melihat puteri Brunei ini. Puteri Ameerah kelihatan sangat jelita dan anggun dalam persalinan baju kurung dan juga selendang.

    Foto – @karenthenmakeup (IG) / @p.ameerahwardatulb (IG)

    Ketika majlis Istiadat Berbedak Pengantin Diraja, Puteri Ameerah mengenakan persalinan baju kurung berona navy blue. Baju kurungnya itu dipadankan dengan selendang dalam rona yang sama. Manakala solekannya yang natural daripada Karen Then itu menyerlahkan lagi kecantikan semula jadinya.

    Foto – @karenthenmakeup (IG) / @p.ameerahwardatulb (IG)

    Semasa berada di Istiadat Bersanding Diraja pula, Puteri Ameerah turut menggayakan baju kurung berona pastel biru bersama tudung selendang yang sepadan. Walaupun duduk di sebelah kakandanya iaitu Yang Teramat Mulia (YTM) Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Fadzilah Lubabol Bolkiah; tak dinafikan ramai yang memuji kecantikannya itu.

    Sekali pandang, tak ubah seperti ibunya kan? Sangat cantik!

    Related articles

    Follow Us

    20,247FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts