Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentPencarian MH370 Akan Diputuskan Mei Depan, Ramai Meletakkan Sekumit Harapan Penemuan Bangkai...

    Pencarian MH370 Akan Diputuskan Mei Depan, Ramai Meletakkan Sekumit Harapan Penemuan Bangkai Kapal

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Keputusan sama ada Malaysia akan meneruskan pencarian bangkai pesawat Malaysia Airlines MH370 akan diputuskan selepas pertemuan dengan firma penerokaan dasar laut, Ocean Infinity pada awal Mei.

    Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, menyatakan bahawa beliau akan bertemu dengan wakil firma tersebut bagi perbincangan lanjut mengenai kontrak dan cadangan misi pencarian tersebut.

    “Kita sudah ada temujanji dengan Ocean Infinity. Mereka akan datang untuk bentangkan cadangan mereka. Selepas mendengar pembentangan mereka, maka kita perlu buat kertas Jemaah Menteri,” katanya.

    Beliau menegaskan bahawa mesyuarat Kabinet hari ini tidak membincangkan mengenai perkara itu.

    Menurut Loke, prinsip utama fokus pencarian adalah ‘no find, no fee’ (tidak jumpa, tiada bayaran), oleh itu keputusan yang melibatkan implikasi kewangan ini memerlukan kelulusan Kabinet.

    “Hingga kini, kita terpaksa menunggu cadangan daripada Ocean Infinity terutamanya fokus carian mereka, barulah sebarang keputusan dibuat,” jelasnya.

    Sebelum ini, Loke telah menyatakan komitmen kerajaan untuk meneruskan pencarian pesawat MH370 yang hilang sejak 8 Mac 2014.

    Puteri Alia
    Puteri Alia
    Mencari ada apa di sebalik KISAH dunia & lokal.

    Related articles

    Follow Us

    20,246FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts