Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Thursday, September 19, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentPencinta Durian, Jom Sertai Raub Fun Run Dan Festival Musang King Yang...

    Pencinta Durian, Jom Sertai Raub Fun Run Dan Festival Musang King Yang Meraikan Komuniti, Kesihatan Dan Kulinari

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Raub Fun Run: Run Raub, Home of Musang King, yang dianjurkan oleh Persatuan Pertanian & Ekopelancongan Pahang, Pusat Khidmat Ahli Parlimen Raub, dan Gereja Methodist Cina Raub, menjemput semua untuk merasai gabungan kecergasan, kebudayaan, dan kulinari.

    Dijadualkan Pada Bulan Ogos

    via JCY Concept

    Dijadualkan berlangsung dari 9 hingga 11 Ogos 2024 di Raub, Pahang, acara unik ini menjanjikan tiga hari penuh keseronokan, termasuk Festival Durian Musang King.

    Raub Fun Run memulakan acara dengan larian menerusi landskap alam semulajadi yang indah di Raub.

    Tahun ini, mereka menambah cabaran yang unik di mana peserta perlu membawa durian bersama mereka sepanjang larian.

    Kaedah pembawaan terpulang kepada kreativiti mereka, menjadikan larian ini suatu pengalaman yang tidak boleh dilupakan.

    Selepas larian, peserta boleh berkunjung ke Festival Durian Musang King yang meraikan komuniti, tradisi, dan gastronomi.

    Menjanjikn Pelbagai Aktiviti

    via JCY Concept

    Festival ini akan menampilkan lebih daripada 60-80 penjual, termasuk jenama tempatan, pemilik ladang, dan artisan yang menjual pelbagai produk dan perkhidmatan.

    Dari barangan berinspirasikan durian hingga cenderahati buatan tangan dan produk kesihatan, para hadirin boleh menerokai dan menyokong perniagaan tempatan.

    Festival ini juga akan menampilkan bengkel interaktif, pertandingan memasak, persembahan budaya, dan pelbagai aktiviti lain, menjanjikan aktiviti menarik buat seisi keluarga.

    Pendaftaran untuk acara ini kini dibuka. Jangan lepaskan peluang untuk menjadi sebahagian daripada acara yang meraikan warisan Raub dan durian Musang King yang ikonik.

    Untuk maklumat lanjut dan butiran pendaftaran, layari RAUB Durian Festival 2024 di Facebook.

    Related articles

    Follow Us

    20,249FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts