Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentPencipta Lagu TokTi Dan Fauziah Latiff Hanya Jadi Gelandangan, Ross Ariffin Akui...

    Pencipta Lagu TokTi Dan Fauziah Latiff Hanya Jadi Gelandangan, Ross Ariffin Akui Tiada Siapa Datang Melawatnya

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Setiap manusia di muka bumi ini pasti akan mengalami ujian. Namun, jenis dan kekuatan ujian berbeza-beza bergantung kepada individu masing-masing. Ada yang diuji dengan kesukaran hidup, ketakutan musuh, kehilangan harta, kematian, penyakit dan sebagainya.

    Ada individu yang mampu mengubah kehidupan mereka menjadi kejayaan. Tidak ketinggalan juga yang mencapai kejayaan sementara sebelum diuji dengan kesusahan hidup.

    Bagi umat Islam, mereka tidak sepatutnya berasa lemah atau putus asa ketika diuji dalam kehidupan. Jauh sekali menyalahkan takdir Ilahi. Percayalah, setiap ujian pasti akan membawa hikmah besar jika dilalui dengan sabar dan usaha untuk menyelesaikannya.

    Bercakap tentang perkara ini, siapa sangka, komposer Roslan Ariffin atau lebih dikenali sebagai Ross Ariffin yang pernah mencipta lagu bagi artis popular Malaysia seperti Datuk Seri Siti Nurhaliza, Ning Baizura dan Fauziah Latiff kini hidup sebagai gelandangan.

    Komposer terkenal Ross Ariffin, 61 tahun, baru-baru ini terlibat dalam kemalangan jalan raya yang menyebabkan dia dimasukkan ke Hospital Melaka selama sebulan dan Hospital Alor Gajah selama 11 hari.

    Kemalangan tersebut berlaku di depan sebuah hotel di Jalan Pudu, Kuala Lumpur pada bulan Oktober yang lalu, menyebabkan tangannya patah.

    Menurut laporan Harian Metro, pengerusi Persatuan Karyawan Malaysia Negeri Melaka, Datuk Zainal Abu Bakar, Ross atau nama sebenarnya, Roslan Arriffin Jamil yang kini dikategorikan sebagai gelandangan telah dibawa oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) ke hospital terbabit.

    “Saya bersama penyanyi Zaiton Sameon hadir menziarahinya di Hospital Alor Gajah semalam. Dalam pertemuan itu, dia mengakui tiada sesiapa datang melawatnya.

    “Ross juga berharap agar Karyawan dapat membantu mempercepatkan proses pemindahan beliau dari hospital ke rumah orang-orang tua milik JKM. Karyawan Melaka turut menyampaikan sedikit sumbangan dan makanan kepadanya agar dapat meringankan sedikit penderitaan yang ditanggung,” katanya.

    Zainal juga meminta semua pihak mendoakan agar Ross cepat sembuh dan dipermudahkan urusannya.

    ALSO READ:  Kegigihan Danny X-Factor Cari Rezeki Pandu E-Hailing Buat Netizen Kagum – ‘Usahanya Lagi Mulia Daripada Penunggang Agama’

    Sebelum ini, pencipta lagu “Dia” yang dinyanyikan oleh Fauziah Latiff ini pernah diserang dua kali dengan Angin Ahmar.

    Ross kini hidup sebagai gelandangan dan berpindah-randah sejak tiga tahun lalu di sekitar Pasar Seni, Kuala Lumpur dan Melaka.

    Puteri Alia
    Puteri Alia
    Mencari ada apa di sebalik KISAH dunia & lokal.

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts