Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Tuesday, December 24, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentPencipta Lagu TokTi, Ross Ariffin Kini Tidak Lagi Bergelar Gelandangan, Diberi Rumah...

    Pencipta Lagu TokTi, Ross Ariffin Kini Tidak Lagi Bergelar Gelandangan, Diberi Rumah Untuk Berteduh Dan Teruskan Hidup

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Amat sepakat bahawa kewujudan individu gelandangan mungkin disebabkan oleh pelbagai faktor seperti kesempitan hidup, kemiskinan bandar, konflik keluarga, gejala sosial, gangguan mental, penyalahgunaan dadah, dan sebagainya.

    Gelandangan bukanlah isu yang hanya melanda negara membangun sahaja, tetapi ia adalah masalah universal yang turut dihadapi oleh negara maju.

    Bagi masyarakat awam, kita perlu berhati-hati dalam membuat penilaian tentang orang gelandangan, sama ada kepada agensi tertentu mahupun kepada individu tersebut.

    Penampilan fizikal seseorang tidak menunjukkan martabat individu tersebut. Tidur di tempat terbuka tidak bermaksud seseorang itu malas atau tidak berkerja. Anak-anak yang bermain tidak semestinya tidak berada di bawah jagaan ibu bapa mereka.

    Islam mengajar kita untuk tidak menaruh sangkaan buruk kepada orang lain. Firman Allah dalam Surah al-Hujurat ayat 12 menyatakan:

    “Wahai orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan sangkaan, kerana sesungguhnya sebahagian sangkaan itu adalah berdosa…” Mengeji atau mencela individu lain berdasarkan penilaian peribadi juga tidak akan menyelesaikan apa-apa masalah.

    Baru-baru ini, Ross Ariffin, seorang pemuzik dan komposer terkenal, akhirnya menerima kediaman di projek perumahan rakyat (PPR) Muhibbah di ibu kota daripada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) selepas lama menjadi gelandangan.

    Menurut laporan oleh sebuah portal berita, Ross, atau Roslan Ariffin Jamil, merasa bersyukur dengan rezeki yang diberikan dan menyifatkan kediaman tersebut sangat bermakna bagi meneruskan kehidupannya.

    “Ya, saya berhasil mendapatkan rumah PPR Muhibbah, DBKL. Alhamdulillah, rezeki dari Allah. Kediaman yang bagus dan saya amat bersyukur mendapatkannya untuk didiami tidak lama lagi. Kunci rumah, mungkin dapat minggu depan.

    “Ini dianggap sebagai permulaan yang baik bagi saya untuk kembali berkarya. Perancangan memang ada, tapi perlahan-lahan dan semoga semuanya baik-baik serta lancar,” katanya.

    Ross, yang berasal dari Melaka dan kini menetap di ibu kota, berkata tidak ada yang lebih membahagiakan baginya selain daripada berita gembira mendapatkan rumah di PPR Muhibbah itu.

    ALSO READ:  Noraniza Idris Tak Pernah Fikir Gelaran Datuk – ‘Ada Orang, Murah Rezeki Dia’

    Kisah hidup Ross, yang menjadi gelandangan selama lebih tiga tahun, menarik perhatian ramai selepas tular di media sosial.

    Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil, turut bertemu dengan Ross untuk mengenali dirinya dengan lebih dekat dan memberikan bantuan bagi mendapatkan rumah PPR agar lelaki itu mendapat tempat berteduh.

    Ross sebelum ini pernah menyertai orkestra di London sebagai pemain biola dan juga aktif sebagai pemuzik undangan serta komposer yang mencipta lagu untuk penyanyi terkenal seperti Datuk Seri Siti Nurhaliza, Datuk Aishah, Jaclyn Victor, dan Fauziah Latiff.

    Antara lagu popularnya ialah Dia, Kemaafan Dendam Yang Teindah, dan Kau dan Aku yang nyanyian Ning Baizura yang memenangi Anugerah Juara Lagu kategori Pop Rock pada 1995.

    Puteri Alia
    Puteri Alia
    Mencari ada apa di sebalik KISAH dunia & lokal.

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts