Pempengaruh media sosial Indonesia iaitu Ria Ricis mula berjinak dalam dunia pembikinan di Youtube sejak 2016. Ria bukan sahaja terkenal di negaranya malah turut memiliki ramai peminat di Malaysia.
Kejayaan Ria Ricis
Baru-baru ini, media Indonesia membongkarkan kejayaan dan kekayaan Ria sepanjang bergelar pempengaruh terkenal.
Ria atau nama sebenarnya Ria Ricis kini memiliki lebih daripada 43 juta pengikut atau subscibers di akaun rasmi Youtubenya. Malah, wanta berusia 28 tahun ini telah memenangi beberapa anugerah ternama antaranya ialah:
1. 2016: Social Media Awards: Hijabers Selebgram
2. 2017: Nickelodeon Indonesia Kid’s Choice Awards: Selebgram Favorite
3. 2019: Silet Awards: Vlogger Tersilet
4. 2021: Video Content Creator Awards: Konten Kreator Favorite
5. 2021: Silet Awards: Pasangan Tersilet (dengan Teuku Ryan)
6. 2022: Infotainment Awards: Artis Paling Socmed
Pendapatan cecah
Dari segi kekayaan pula, nama Ria dikatakan tersenarai antara Youtuber terkaya di Indonesia malah dikhabarkan telah mengalahkan artis terkenal iaitu Baim Wong dan Raditya Dika.
Menerusi beberapa sumber, pendapatan Ria di Youtube boleh mencecah dari Rp578 juta (RM176,000) hingga Rp9,2 milliar (RM2.8 juta) sebulan.
Selain dari Youtube, Ria memperoleh pendapatan menerusi penampilannya sebagai duta produk ternama dan review di media sosial yang kini pengikutnya di Instagram sudah mencecah 35.6 juta manakala di TikTok pula, 43.8 juta pengikut.
Bukan itu sahaja, Ria turut menceburkan diri dalam industri lakonan dan telah pun membintangi beberapa drama dan filem. Ria juga menjalankan perniagaannya sendiri dengan menjual pakaian dan makanan.