Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Sunday, December 22, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainment‘Penderaan Tidak Seharusnya Dinormalisasikan Atau Dipandang Remeh’ – Shila Amzah

    ‘Penderaan Tidak Seharusnya Dinormalisasikan Atau Dipandang Remeh’ – Shila Amzah

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Penyanyi Shila Amzah memberi pendapat berhubung isu penderaan fizikal yang dilihat menjadi normal di dalam masyarakat.

    Penderaan bukan perkara normal

    shila simpatishila simpati

    Menerusi hantaran di Threads, Shila atau nama sebenarnya Nurshahila Amir Amzah menyelar individu yang memandang remeh tentang isu penderaan.

    Menurut Shila, penderaan bukanlah satu bentuk tindakan yang wajar dilakukan oleh seseorang.

    Saya tak faham mereka yang menormalisasikan penderaan dan memperlekehkan individu yang sedang berusaha untuk menyembuhkan diri mereka.

    Saya bimbang untuk pasangan, anak-anak, keluarga atau rakan-rakan mereka yang terpaksa berada bersama seseorang yang langsung tiada empati.

    Penderaan tidak seharusnya dinormalisasikan, penderaan juga tidak sepatutnya dipandang remeh.

    Beri kesedaran

    shilashila

    Dalam pada itu, pelantun lagu Patah Seribu tersebut berkata, perkongsiannya sebelum ini adalah untuk memberi kesedaran terhadap orang ramai tentang isu berkenaan

    Shila juga menasihati agar mana-mana individu yang terperangkap di dalam perhubungan toksik tersebut segera meninggalkan pasangan mereka sebelum perkara yang lebih buruk berlaku.

    Saya kongsikan kisah saya, untuk memberi galakan kepada mereka yang pernah mengalami penderaan daripada pasangan sebelum berkahwin, agar menjauhkan diri sebelum terlambat.

    Kerana perkahwinan itu sukar, tetapi untuk melepaskan diri selepas berkahwin lebih sukar.

    Ini bukan tentang jantina, lelaki atau perempuan, jangan kekal bersama pendera.

    Terdahulu, anak kepada penyanyi ND Lala itu mendedahkan bahawa Pulau Pinang pernah menjadi tempat yang menghantui dirinya selepas berdepan dengan detik hitam satu ketika dahulu.

    Dalam satu hantaran lain, Shila juga memuat naik gambar yang memaparkan matanya bengkak dan lebam seakan ditumbuk oleh seseorang. Namun, Shila tidak berkongsi secara terperinci mengenai insiden itu.

    Sekadar info, Shila pernah mendirikan rumah tangga bersama Haris Edraki pada 2018 namun berpisah pada Februari 2022. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya maya lelaki, Seth Uwais yang kini berusia lima tahun.

    ALSO READ:  Diana Danielle Tak Letak Harapan Menang Pelakon Wanita Terbaik FFM33 – ‘Ada Yang Lebih Layak, Saya Mahu Figura Itu Naik Pentas’

    Shila kemudian mendirikan rumah tangga buat kali kedua bersama pempengaruh, Ubai MZ pada Ogos tahun lalu dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Rhea Akira pada 9 Mei lalu.

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts