Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentPendidikan Kesihatan Seksual: Kunci Cegah Tragedi dan Lindungi Generasi Akan Datang

    Pendidikan Kesihatan Seksual: Kunci Cegah Tragedi dan Lindungi Generasi Akan Datang

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Kisah tragis seperti pembunuhan bayi oleh seorang pelajar Malaysia di United Kingdom baru-baru ini jelas menunjukkan kurangnya pendidikan kesihatan seksual dan reproduktif (SRH) di Malaysia.

    Statistik mencatatkan sebanyak 509 kes pembunuhan bayi telah dilaporkan di negara kita sejak 2018 hingga Februari 2024. Angka ini bukan sekadar statistik, ia adalah refleksi kegagalan kita sebagai masyarakat dalam mendidik generasi muda tentang tubuh badan mereka.

    Penyelesaian kepada permasalahan ini adalah pendidikan kesihatan seksual yang komprehensif. Malangnya, masih ramai yang keliru dengan menyangka pendidikan ini akan lebih menggalakkan aktiviti seksual.

    Sebaliknya, fakta menunjukkan ia berkesan untuk melindungi anak-anak muda daripada terjebak dengan gejala negatif dan juga mampu untuk memperkasakan anak-anak muda. Dengan pemahaman yang betul, mereka dapat mengenali batasan, membina hubungan yang sihat, dan membuat keputusan yang bijak untuk masa depan mereka.

    Di SPOT, kami percaya pendidikan kesihatan seksual mestilah bermula dari usia yang muda dan meliputi topik seperti sentuhan selamat dan tidak selamat, akil baligh, kesihatan reproduktif, pengurusan haid, tekanan rakan sebaya, kebersihan diri, hubungan sihat, persetujuan, dan literasi media.

    Pengetahuan ini bukan sahaja membantu melindungi mereka daripada risiko dalam talian dan kehidupan sebenar, tetapi juga memperkasakan mereka untuk menghadapi pengaruh rakan sebaya dan tekanan sosial dengan baik.

    Kajian oleh The United Nations Population Fund (UNFPA) menyokong bahawa banyak manfaat boleh diraih melalui pendidikan seksual yang komprehensif.

    Kajian menunjukkan bahawa program seperti ini tidak menggalakkan aktiviti seksual di awal usia, sebaliknya membantu anak-anak muda memahami kepentingan menjaga kesihatan seksual dan reproduktif mereka. Malah, ia mendorong mereka untuk membuat pilihan yang betul dan  bertanggungjawab ke atas diri sendiri dan masa depan.

    ALSO READ:  [VIDEO] ‘Ya Allah, Laknatlah Kalau Aku Tipu’ – Bekas Suami Pempengaruh Nafi Buat ‘Tiga Serangkai’, Paksa Isteri-Isteri Mandi Bogel

    Kita ada pilihan, sama ada untuk terus berdiam diri atau bertindak. Kos untuk tidak berbuat apa-apa adalah tinggi—lebih banyak nyawa akan terkesan, lebih banyak keluarga akan sakit, lebih banyak masa depan akan musnah.

    Sebaliknya, dengan bekerjasama, kita boleh memastikan generasi muda dilengkapi dengan pengetahuan yang tepat. Dengan pendekatan yang positif dan berasaskan fakta, kita mampu mencegah tragedi buruk dan membina masa depan yang lebih cerah untuk Malaysia. Tabu, tapi perlu tahu.

    Sejak 2015, SPOT Community Project oleh SIPJ telah memberi impak positif kepada lebih daripada 30,000 kanak-kanak melalui pendidikan seksualiti komprehensif.

    Matlamat utama kami adalah untuk membantu golongan muda menjadi yakin, bijak, dan bertanggungjawab dalam mengharungi perubahan-perubahan akil baligh, menjaga diri, dan membuat keputusan yang menyokong kesejahteraan hidup mereka.

    Dengan cita-cita besar untuk mendidik 100,000 kanak-kanak menjelang 2030, SPOT Community Project berusaha untuk memecahkan stigma berkaitan pendidikan kesihatan seksual.

    Kami percaya bahawa kunci pencegahan tragedi terletak pada perkongsian pengetahuan yang tepat dan relevan. “Tabu, tapi perlu tahu.”

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts