Pelakon Datin Intan Najuwa berpendapat bahawa pendidikan dan menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) adalah sangat penting.
Artikel berkaitan: [VIDEO] Intan Najuwa ‘Throwback’ Momen Majlis Merisik & Bertunang, Netizen Puji – ‘Bagus Dia Masak Sendiri, Baju Pun Simple Je’
Artikel berkaitan: [VIDEO] ‘Satu Hari 3 Kali Makan Salad, Rumah Saya Penuh Salad’ – Intan Najuwa
Pendidikan sangat penting
Menerusi hantaran di Instagram Story, Intan berkata, seseorang perlu mengutamakan pelajaran agar masa depan mereka lebih cerah.
Menurutnya, pendidikan membentuk peribadi seseorang menjadi lebih baik dan bukan soal mencari duit semata-mata.
Korang, tolong faham yang SPM sangat penting. Pendidikan adalah sangat penting. Jangan cuba untuk jadikan pelajaran tak penting hanya kerana awak boleh buat duit dengan cara lain pada zaman ini. Itu bukan masalahnya.
Pendidikan membentuk kita menjadi individu yang lebih baik. Kita tak akan tahu apa akan terjadi pada masa hadapan, dengan adanya pelajaran dan ‘backup plan’ pasti akan sangat membantu di masa depan.
Dalam pada itu, Intan menegaskan untuk sentiasa mencari ilmu sekaligus dapat menjadi contoh yang baik kepada generasi seterusnya.
Dan ingat, teruskan mencari ilmu walau apa sekalipun. Apa yang kita belajar akan kekal dengan kita sepanjang hidup dan akan memberi contoh yang baik kepada kanak-kanak dan generasi akan datang.