Pengarah dan penerbit Hadith Omar seakan menyindir kenyataan aktres Ruhainies yang mengatakan dirinya tidak pandai berlakon dan menangis di hadapan kamera.
‘Tak payah jadi pelakon’
Menerusi hantaran di Instagram Story, Hadith seakan terkejut apabila aktres itu mengeluarkan kenyataan tersebut lalu menasihatinya untuk duduk di rumah jika tidak tahu berlakon.
Nyah, kau kerja sebagai pelakon. Tak pandai berlakon ek? Tak payah jadi pelakonlah. Duduk diam-diam je dekat rumah.
Menerusi hantaran sama, Hadith turut memuat naik semula ‘posting’ mengenai Ruhainies yang bertajuk ‘Saya Tak Pandai Berlakon, Menangis Depan Kamera’.
Terdahulu, menerusi temu bual bersama media, Ruhainies atau nama sebenarnya, Nur Ruhainies Farehah Zainul Ilyas, 32, mengakui tidak pandai berlakon dan enggan menitiskan air mata di hadapan kamera semata-mata hendak menunjuk-nunjuk.
Kenyataan tersebut dibuat Ruhainies susulan ramai netizen yang mempersoalkan dirinya tersenyum dan kelihatan ceria ketika hadir di Mahkamah Syariah Wilayah Kuala Lumpur pada Rabu bagi prosiding kes ditangkap khalwat bersama aktor Aliff Aziz.