Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, November 25, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentPengantin Terkejut Tetamu Hulur Wang Cetak Palsu Semasa Salam Kaut, Mungkin Malu...

    Pengantin Terkejut Tetamu Hulur Wang Cetak Palsu Semasa Salam Kaut, Mungkin Malu Tangan Kosong

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Ramai yang tahu tentang adat duit salam kaut, iaitu pemberian wang ikhlas dari tetamu kepada tuan rumah dalam majlis perkahwinan.

    Tradisi ini sudah lama menjadi budaya dalam setiap majlis masyarakat Melayu, sama ada di Malaysia atau Indonesia.

    Walau bagaimanapun, ada sesetengah yang menganggap adat duit salam kaut ini sebagai satu beban, dan ada yang memberi sampul kosong atau alasan untuk tidak hadir dalam kenduri tersebut.

    Baru-baru ini, seorang pengantin di Indonesia terkejut apabila menerima wang salinan fotokopi dari tetamu yang hadir dalam majlis perkahwinannya.

    Menurut laporan dari portal berita Wolipop, dalam satu video yang dikongsikan di laman TikTok, seorang wanita bernama Nuriaraziz menunjukkan wang palsu bernilai 50,000 rupiah (RM15.13) yang diletakkan di dalam sampul.

    Terdapat sehelai kertas putih yang mempunyai empat salinan fotokopi wang kertas tersebut di atasnya.

    “Hidup sudah terlalu penat, tiba-tiba ada juga manusia yang memberikan wang fotokopi,” demikian menurut keterangan video tersebut.

    Video itu menjadi viral dan menerima pelbagai komen daripada netizen.

    “Lebih baik daripada mendapat sampul kosong. Namun, ini sangat lucu,” kata seorang netizen.

    Puteri Alia
    Puteri Alia
    Mencari ada apa di sebalik KISAH dunia & lokal.

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts