Mungkin jarang diperkatakan tentang isu tabu ini, perihal ‘ibu tumpang’ di kalangan umat Islam, namun pengorbanan terlarang bakal terungkap dalam drama bersiri terbaharu berjudul ‘SENYAWA’ pada 25 Oktober ini.
Aplikasi penstriman popular Asia, iQIYI sekali lagi mempersembahkan sajian istimewanya melalui barisan pelakon handalan tanah air seperti Trisha Ooi, Shahz Jaszle, Siti Hariesa, Datin Nina Juren, Liang Chia, Aleza Shadan, Heryanto Hassan dan ramai lagi, manakala arahan oleh pengarah berpengalaman, Eyra Rahman.
Kisah Konflik Dalaman Rumah Tangga
Drama ini mengisahkan tentang Zabrina (lakonan Trisha Ooi), seorang ahli perniagaan wanita yang berjaya dan bahagia dalam rumah tangga.
Namun di sebalik kejayaannya, Zabrina berdepan dengan pelbagai konflik.
Setelah mendirikan rumah tangga dengan Iskandar (lakonan Shahz Jaszle), Zabrina mengalami keguguran dan disahkan menghidap ‘cervical insufficiency’.
Tertekan dengan desakan ibu mertuanya, Dato’ Asmida (lakonan Datin Nina Juren) yang mahukan cucu, Zabrina tekad mendapatkan ibu tumpang kerana tidak sanggup dimadukan.
Pertemuan dengan Lutfiyah (lakonan Siti Hariesa), seorang gadis kampung berpewatakan seakan dirinya membuatkan Zabrina merasakan Lutfiyah calon yang sesuai sebagai ibu tumpang.
Isu Berkaitan Halal Dan Haram
Trisha berkongsi tentang watak Zabrina yang dibawakannya bukanlah sesuatu yang mudah.
Cabaran baginya memainkan watak Zabrina kerana perlu membuat pelbagai persiapan demi menjayakan watak tersebut.
Menurut pengarah Eyra, isu yang diangkat dalam drama ini sangat berat kerana ianya berkaitan dengan hukum halal dan haram.
SENYAWA adalah sebuah naskah di mana pendekatan yang diambil adalah menghalalkan hukum yang haram.
Kerana desakan hidup, fikiran waras seseorang terpesong dengan memilih jalan mudah iaitu menghalalkan perkara yang haram seperti ibu tumpang, semua ini berlaku di atas sifat kepentingan tanpa memikirkan keburukkan yang mendatang.
Jangan lupa temujanji anda bersama drama SENYAWA pada 25 Oktober 2024, pada jam 9:00 malam setiap Jumaat & Sabtu.
Muat turun aplikasi iQIYI di App Store atau Play Store di peranti digital anda sekarang, taipkan SENYAWA, kemudian klik ‘Pesan’ untuk menerima peringatan awal, dan tonton!