Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentPengarah Filem ‘Tafakur’ Tak Kisah Penonton Bagi Komen Negatif – ‘Saya Ambil...

    Pengarah Filem ‘Tafakur’ Tak Kisah Penonton Bagi Komen Negatif – ‘Saya Ambil Maklum Balas & Buat Penambahbaikan Untuk Karya Akan Datang’

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Pengarah filem ‘Tafakur’ iaitu Feisal Azizuddin memberitahu dia sudah bersedia menerima kritikan dan kecaman daripada netizen susulan mengangkat isu penyondol, suami curang dan lelaki berpakaian wanita di dalam filem berkenaan.

    Terpulang kepada penonton

    Menerusi temu bual bersama , Feisal menyedari apa yang dipaparkan dalam karyanya itu berpotensi menjadi bahan perbualan dan perdebatan di media sosial.

    Apa yang saya paparkan dalam filem ini adalah realiti kehidupan hari ini. Sebagai pembikin filem, saya kena jujur dalam berkarya dan naskhah ini lahir dari hati.

    Prinsip saya dalam menghasilkan filem adalah, selepas filem ditayangkan, ia sudah menjadi milik penonton. Terpulang kepada penonton untuk membuat penilaian dan saya sudah bersedia dengan kritikan mahu pun kecaman.

    Saya akan dengar semua pandangan, termasuk pendapat negatif penonton. Saya akan gunakan semua maklum balas itu untuk penambahbaikan karya akan datang.

    Feisal yang ditemui pada sidang media dan tayangan filem Tafakur di Kuala Lumpur, baru-baru ini, turut memberi penjelasan mengenai watak pembantu rumah bernama Kiyah yang dilakonkan oleh Syazani Zikry.

    Ujar Feisal, dia tidak mempunyai niat untuk mengangkat golongan Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender (LGBT) seperti didakwa segelintir pihak.

    Watak Kiyah itu wujud dalam masyarakat kita hari ini. Cuma kita tidak sentuh langsung apa gender sebenar Kiyah dalam Tafakur. Paparan watak itu tidak bermakna kita menyokong. Kita juga tidak kecam golongan itu.

    Walaupun pelik, tetapi kita kena akur Kiyah tetap manusia dan masih ada nilai positif dalam dirinya, iaitu suka membantu orang lain.

    Disoal mengenai pemilihan Syazani sebagai watak Kiyah, Feisal secara ringkas menjawab aktor tersebut mempunyai raut wajah yang sangat sesuai untuk membawakan watak tersebut.

    ALSO READ:  [VIDEO] Aliff Aziz Dedah ‘Curhat’ Masalah Peribadi Jadi Punca Jalin Hubungan Dengan Ruhainies – ‘Ia Telah Membuka Pintu Untuk Mengenali Satu Sama Lain’

    Tambah Fiesal lagi, Tafakur mendapat klasifikasi P13 dan suntingan diputuskan Lembaga Penapis Filem (LPF) hanya membabitkan tiga babak kecil.

    Sekadar info, filem Tafakur terbitan Feisk Productions dan Stelo Infotainment menampilkan pelakon seperti Luqman Hafidz, Sasqia Dahuri, Syazani Zikry dan Amylia Aidura.

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts