Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentPengarah Filem Yang Terlantar Akibat Kemalangan Mendapat Perlindungan PERKESO

    Pengarah Filem Yang Terlantar Akibat Kemalangan Mendapat Perlindungan PERKESO

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Nasib Pengarah Filem yang bekerja sendiri, Wan Saiful Shahrizan Wan Nawi, yang terlibat dalam kemalangan sewaktu dalam perjalanan untuk meninjau lokasi penggambaran pada Mac lalu, dibela Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO).

    Wan Saiful, yang dilindungi oleh Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri (SKSPS) PERKESO, layak menerima Faedah Hilang Upaya Sementara (FHUS) berserta peralatan sokongan pemulihan. Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PERKESO, Dato’ Sri Dr. Mohammed Azman Aziz Mohammed hari ini menziarahi Wan Saiful, 40, di kediaman beliau di Rawang sambil menyerahkan faedah PERKESO.

    Turut mengiringi Dato’ Sri Dr Mohammed Azman adalah Tuan Khalil Haji Salleh, Presiden Persatuan Pekerja Professional Filem Malaysia (PROFIMA), Puan Zaidatul Shima Mohamad Hanafiah, Setiausaha PROFIMA, Tuan Haji Mohamad Haron Othman, Ketua Bahagian Skim Pekerjaan Sendiri, dan Tuan Ismail Abi Hashim, Pengarah PERKESO Negeri Selangor.

    Pada 16 Mac 2023 lalu, Wan Saiful bersama rakan produksi telah mengalami kemalangan di KM 269 Lebuhraya Utara Selatan ke arah utara ketika dalam perjalanan menaiki van dari Rawang menuju ke Perlis bagi membuat tinjuan lokasi penggambaran untuk filem Aku Awang Belanga. Beliau telah dikejarkan ke Hospital Raja Permaisuri Bainun, Perak untuk rawatan dan dimasukkan ke wad selama 12 hari.

    Kemalangan tersebut telah mengakibatkan kecederaan serius di mana beliau patah peha kanan, patah tulang belakang, patah rusuk kiri, patah rusuk kanan serta lumpuh
    dari paras pinggang ke bawah. Sebaik sahaja mendapat tahu tentang keadaan Wan Saiful, PERKESO telah mengambil tindakan segera membuat semakan caruman dan didapati beliau merupakan pencarum SKSPS dan layak menerima faedah PERKESO. Susulan itu, beliau layak menerima FHUS di bawah SKSPS berjumlah RM4,960.01 berdasarkan cuti sakit selama 120 hari yang diberi oleh doktor yang merawat beliau. Beliau juga dibekalkan alat sokongan pemulihan commode chair dan lampin pakai buang dewasa.

    ALSO READ:  Siapa Ingat Tahun Pertama Nak Balik Kampung Sebagai Suami Isteri Dulu? Ada Macam Dorang Ni Tak?

    Dato’ Sri Dr. Mohammed Azman hari ini telah menyerahkan faedah tersebut kepada Wan Saiful, yang mencarum dengan SKSPS menerusi inisiatif SPS Padanan Caruman di bawah kategori SPS Seni pada 30 Disember 2022. Ini bermakna, beliau dilindungi SKSPS sehingga 29 Disember 2023. Menerusi SPS Padanan Caruman, Kerajaan membiayai 80 peratus daripada bayaran caruman SKSPS bagi Pelan Caruman 2 iaitu sebanyak RM186.20 manakala individu bekerja sendiri hanya perlu membayar baki 20 peratus atau RM46.60 untuk mencukupkan bayaran Pelan 2 Caruman SKSPS bernilai RM232.80 bagi perlindungan selama 12 bulan.

    SKSPS, di bawah Akta Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri 2017 (Akta 789), memberi perlindungan kepada golongan bekerja sendiri daripada bencana pekerjaan sendiri termasuk penyakit pekerjaan dan kemalangan perjalanan sewaktu menjalankan aktiviti pekerjaan sendiri. Selain FHUS, Skim ini juga menyediakan manfaat seperti Faedah Perubatan, Faedah Hilang Upaya Kekal, Elaun Layanan Sentiasa, Kemudahan Pemulihan Jasmani/Vokasional, Faedah Orang Tanggungan, Faedah Pengurusan Mayat, dan Faedah Pinjaman Pendidikan.

    Untuk memudahkan individu bekerja sendiri mendapat perlindungan SKSPS, PERKESO menyediakan empat (4) Pelan Caruman mengikut pilihan masing-masing dengan caruman serendah RM157.20 setahun atau RM13.10 sebulan.

    Sehingga 9 Julai 2023, seramai 2,775 anak seni aktif mencarum di bawah Akta 789. PERKESO telah meluluskan 27 tuntutan faedah SKSPS yang melibatkan Sektor Kesenian, membabitkan jumlah bayaran terkumpul sebanyak RM80,117 sejak tahun 2020.

    Walaupun SKSPS telah dikuat kuasakan pada 1 Jun 2017, hanya seramai 666,000 individu bekerja sendiri dilindungi PERKESO, berbanding lebih 2.9 juta orang bekerja sendiri di negara ini. Sehubungan dengan itu, PERKESO menyeru mereka yang bekerja sendiri supaya segera berdaftar dan mencarum dengan SKSPS agar kebajikan mereka dan keluarga dapat dibela PERKESO sekiranya mereka terlibat dalam kemalangan, mengalami penyakit khidmat ataupun meninggal dunia yang berkaitan dengan aktiviti perkerjaan sendiri.



    Credit: Filem – Murai MY

    Related articles

    Follow Us

    20,249FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts