Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentPengarah Jangka Filem Pontianak 200KG Mampu Catat Kutipan Lebih RM1 Juta

    Pengarah Jangka Filem Pontianak 200KG Mampu Catat Kutipan Lebih RM1 Juta

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Penerbit dan pengarah filem Shuhaimi Lua meluahkan rasa lega apabila tegurannya terhadap segelintir pelakon filem Pontianak 200KG, baru-baru ini, menunjukkan perubahan yang positif.

    Teruskan buat review dan promosi

    Ketika ditemu bual sebentar tadi, Shuhaimi berkata, pelakon yang dimaksudkan olehnya sebelum ini sudah mula bertindak mempromosikan filem di media sosial.

    Alhamdulillah sangat-sangat. Artis dah mula buat promosi dan posting di media sosial mereka.

    Disoal mengenai sambutan filem tersebut setakat hari ini, Shuhaimi secara ringkas menjawab sudah mendapat sambutan.

    Dah ada peningkatan. Saya harap artis dan orang ramai yang pergi menonton terus buat sedikit review dalam media sosial masing-masing.

    Kepada artis yang terlibat baik artis utama, pembantu sampai ke talent semua yang terlibat terus promosi untuk menarik orang ramai untuk menonton sebuah cerita komedi seram ini.

    Berbicara mengenai jumlah kutipan pula, Shuhaimi memberitahu mereka berjaya mengutip RM500,000 setakat ini.

    Semalam, kami telah mencapai RM500 ribu. Alhamdulillah bersyukur. Saya jangka jumlah ini akan meningkat sepanjang cuti sekolah nanti. Sasaran saya RM1 juta pula.

    Diusik mengenai siapakah artis yang enggan mempromosikan filem berkenaan, Shuhaimi enggan mengulas lanjut.

    Sekadar info, filem ini mengisahkan tentang Kampung Terbalik menjadi mangsa serangan Pontianak Melati dan Pontianak Mewangi yang mencari makanan kerana sentiasa kelaparan.

    Keadaan menjadi lebih huru-hara apabila penduduk kampung menyangka mereka adalah pontianak yang menghisap darah hingga menyebabkan ramai penduduk kampung koma! Kalau korang nak tahu lebih lanjut mengenai jalan cerita filem ini, ayuh ke pawagam berhampiran dan menonton filem Pontianak 200KG.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,249FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts