Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentPengarah Kreatif Qierahman Mengekalkan Que Haidar & Anak Sebagai Duta, Tidak Berubah...

    Pengarah Kreatif Qierahman Mengekalkan Que Haidar & Anak Sebagai Duta, Tidak Berubah Elemen Tradisi Baju Melayu

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Jenama pakaian lelaki tradisional Melayu, Qierahman bakal merancakkan lagi permintaan fesyen raya masa kini apabila melancarkan koleksi ‘EID 2024’ dengan mengampil empat jenis koleksi iaitu ‘signature cut’, kurta modern fit, kurta Paduka oversized serta abaya untuk kaum wanita.

    Elemen tradisi takkan terganggu

    Lebih menarik, koleksi baju Melayu yang diperkenalkan Qierahman pada kali ini bakal menerapkan injeksi lebih moden yang diilhamkan dari potongan suit atau blazer untuk menampakkan pemakai kelihatan lebih segak dan kemas.

    Meskipun menambah elemen yang lebih moden namun, Fazrul Musa selaku Pengarah Kreatif Qierahman mendedahkan bahawa tiada sebarang elemen tradisi baju Melayu akan terganggu.

    Setiap reka bentuk yang ada pada baju Melayu mempunyai sejarah yang tersendiri.

    Sebagai contoh ada baju Melayu yang mempunyai lima butang serta pesak yang berlainan. Bahkan setiap Negeri di Malaysia juga kalau kita perhatikan ada kelainan pada reka bentu baju Melayu mereka.

    Jadi, saya akan cuba mengekalkan sebanyak mungkin elemen tradisi dan sejarah yang ada pada baju Melayu tetapi dalam masa yang sama tampak moden.

    Bukan itu sahaja, koleksi kali ini turut menampilkan koleksi abaya untuk kaum wanita, yang terdiri daripada Amelie, Camille dan Madelyn.

    Que Haidar & Ratu kekal sebagai duta

    Dalam pada itu, jenama Qierahman sekali lagi mengekalkan pelakon dan penerbit terkenal, Que Haidar serta anak perempuannya, Tengku Ratu Haidar sebagai wajah ekslusif bagi jenama berkenaan.

    Menurut Fazrul, sokongan serta komited yang diberikan Que dari tahun 2017 membuatkan mereka selesa untuk bekerjasama dan mengekalkan khidmat pelakon berkenaan sebagai duta.

    Sokongan dan komited terhadap kerja membuatkan QIERAHMAN selesa bekerjasama dengan duo ini. Melihat Ratu yang makin menginjak usia, jadi kami rasa sudah tiba masanya untuk kami ketengahkan Ratu sabagai wajah eksklusif kami.

    Lebih manis, Qierahman bakal memenuhi permintaan pelanggan dengan menawarkan harga yang lebih murah iaitu serendah RM159 berbanding RM229 ketika di awal kemunculan jenama tersebut pada 2016.

    ALSO READ:  “Syafiq Kyle & Mimi Lana Tak Jadi Kahwin, Tapi Tak Putus Tunang?”-Peminat Doakan Agar Mereka Kembali Bersama!

    Selain baju Melayu, Qierahman turutn melancarkan produk terbaru mereka iaitu semburan sejadah eksklusif yang wangi dan sesuai digunakan di mana-mana saja.

    Untuk pembelian, boleh layari www.qierahman.com atau ke gerai jualan Qierahman di Shoppes @ Four Season di Aras 2 bermula 8 March sehingga 7 April ini.

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,247FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts