Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Tuesday, December 24, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentPengasas Bulan Bintang Memeriahkan Kempen Raya 2024 Dengan Belanja Hadiah RM3.2 Juta...

    Pengasas Bulan Bintang Memeriahkan Kempen Raya 2024 Dengan Belanja Hadiah RM3.2 Juta Kepada Pelanggan Sambil Menjelaskan Ketiadaan Sharnaaz & Beto Kusyairy

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    meri bulan bintangmeri bulan bintang

    Pengasas Bulan Bintang, Azzim Zahid Azmi tampil menjelaskan situasi sebenar selepas nama pelakon Sharnaaz Ahmad dan Beto Kusyairy menjadi bualan warganet gara-gara tidak menjadi wajah atau duta untuk kempen 2024.

    Kekal sebagai kawan

    Meri Bulan BintangMeri Bulan Bintang

    Ketika ditemui , Azzim atau lebih mesra disapa Meri menyatakan ketiadaan Sharnaaz dan Beto kerana mereka sudah menamatkan kontrak dengan jenama Bulan Bintang.

    Kata Meri, 27, tidak benar langsung dakwaan yang mengatakan berlaku perselisihan faham atau pergaduhan antara dirinya dengan kedua aktor tersebut.

    Ketiadaan mereka tahun ini kerana kontrak dah habis. Sejujurnya saya dengan Sharnaaz dan Beto tiada masalah.

    Buktinya semasa majlis kahwin saya pada bulan November lalu mereka datang. Walaupun dah habis kontrak, mereka tetap menghadiri majlis perkahwinan saya dan kami masih kawan sampai hari ini.

    Meri berkata demikian ketika ‘The Terrrrpaling Raya Fashion Show’ yang diadakan di Sentol Depot pada malam Sabtu. Persembahan artis tempatan turut menghangatkan lagi malam tersebut dengan nyanyian dan tarian dari Zeppo Youngster Dancer, Aina Abdul dan Kugiran Masdo.

    Adik bongsu kepada pengasas Hausboom, Azri Zahir atau lebih dikenali sebagai John Lemon juga mengambil maklum kini Sharnaaz dan Beto menjadi duta baju melayu untuk jenama lain yang merupakan pesaing Bulan Bintang.

    Tambahnya, dia tidak mempunyai sebarang masalah kerana Sharnaaz dan Beto bebas untuk membuat pilihan.

    Mereka memang bebas untuk ke mana-mana. Saya tiada isu tentang itu. Mereka kerja sangat baik sehingga saya terhutang budi pada mereka. Saya tak boleh lock mereka sampai akhir hayat.

    Mereka ada pilihan dan saya okay. Selepas kontrak mereka tamat, saya dah bersedia tengok mereka berada di jenama lain pula.

    Give back to customer

    bulan bintang kempen 2024bulan bintang kempen 2024

    Bercerita tentang ‘The Terrrrpaling Raya‘, Meri mendedahkan dia telah melaburkan sebanyak RM11 juta untuk kempen tahun 2024. Bagaimanapun, Meri memilih untuk tidak berkongsi target jualan yang diletakkan pada tahun ini.

    Bajet tahun ini secara total sudah RM11 juta digunakan. Bajet nampak besar tapi RM11 juta tak seperti tahun lepas iaitu persembahan drone RM3 juta dan konsert RM2 juta. Ketika itu saya belanja untuk branding.

    Tapi tahun ini, RM3.2 juta sahaja dihabiskan untuk cabutan hadiah diberi kepada pelanggan (give back to customer). Antara hadiahnya seperti Kurta Bulan Bintang, pakej umrah, perodua Myvi, perodua Bezza, Iphone 15, Ipad, Sony Headphone dan banyak lagi.

    Bulan Bintang 2024 menampilkan enam barisan duta iaitu Shukri Yahaya, Remy Ishak, Nadhir Nasar, Hannah Delisha, Mierul Aiman dan Daiyan Trisha.

    ALSO READ:  LKP & BraderWheelchair Dinobat Sebagai Pemenang Anugerah ‘Changemaker Of The Year’ TikTok Awards 2024

    Pertunjukan fesyen Bulan Bintang The Terrrpaling Raya Fashion Show menampilkan koleksi Raya 2024 Ready To Wear (RTW), pakaian bersaiz besar sehingga 5XL, set sedondon keluarga yang terdiri daripada 40 rekaan dengan 70 pilihan warna eksklusif.

    Selain itu, Bulan Bintang juga mengumumkan mengenai kolaborasi mereka bersama jenama tempatan iaitu Zus Coffee, Hausboom, Origina, Ninja Van, TikTok Shop dan Pemenang 3 Dimensi Animasi Ejen Ali.

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts