Selepas menyambut kelahiran anak kedua mereka, Farah Nabilah merasakan dirinya tenggelam dalam tuntutan seorang ibu, sehingga meninggalkan masa yang sedikit untuk diluangkan bersama anak sulungnya dan berkongsi detik-detik istimewa bersama suaminya.
Penting Untuk Golongan Yang Sibuk
Ketika percutian keluarga baru-baru ini bersama suami dan anak sulungnya, Farah menyedari bahawa percutian yang santai adalah peluang terbaik untuk memperlahankan rentak kehidupan.
Malah dia boleh menikmati keseronokan meneroka tempat-tempat serta pengalaman baru bersama-sama sekaligus menguatkan mereka sekeluarga dalam menangani dan mengatasi cabaran-cabaran harian secara langsung.
Bukan sekadar percutian, ia merupakan perjalanan bermakna untuk mengeratkan kembali dan menyemai semula ikatan kasih sayang dalam keluarga, serta mencipta kenangan baru bersama-sama.
Mengeratkan Lagi Perhubungan Kekeluargaan
Perjalanan yang singkat dari Malaysia, Singapura adalah destinasi yang sesuai untuk ibu-ibu baru seperti Farah yang ingin menghidupkan semula dan mengeratkan hubungan kekeluargaan.
Dengan menjelajahi pelbagai tarikan di kota ini, mereka menyelami dunia tarikan-tarikan mesra keluarga dan berpengalaman menjamu selera yang halal lagi menyelerakan.
Pengembaraan ini menawarkan suasana yang sempurna untuk Farah berkongsi detik-detik berharga bersama anak sulungnya sebelum memulakan lembaran baru dalam hidupnya, sekaligus mengeratkan hubungan kekeluargaan mereka.
Teroka keajaiban, cinta, dan keseronokan bersama di Singapura, dimana setiap saat merupakan peluang untuk mencipta kenangan baru yang penuh bermakna.