Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Tuesday, December 24, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentPengemis Memperoleh RM500 Di Pasar Malam Dengan Menunjukkan 'Muka Simpati', Tetapi Terbongkar...

    Pengemis Memperoleh RM500 Di Pasar Malam Dengan Menunjukkan ‘Muka Simpati’, Tetapi Terbongkar Memiliki Proton X70

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Siapa sangka, hanya berbekal ‘muka simpati’, seorang lelaki mampu menyara hidup dengan hasil mengemis. Lebih mencuri tumpuan, lelaki tersebut juga mampu membeli sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) jenis Proton X70.

    Kegiatan terbongkar

    Menerusi laporan Harian Metro, kegiatan lelaki tersebut akhirnya terbongkar selepas operasi membanteras aktiviti pengemis yang dijalankan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Maran di pasar malam Sri Jaya, Maran, Pahang, semalam.

    Menurut JKM, pihaknya mengesan lelaki tempatan berpakaian jubah dan kopiah di pasar malam itu menjalankan aktiviti mengemis.

    Dari jauh kelihatan seorang lelaki berdiri di celah payung peniaga pasar malam sambil memegang beg kertas, meminta simpati orang ramai yang lalu lalang.

    Kedua-dua tangan lelaki terbabit kelihatan kecil tidak seperti tangan manusia normal. Pegawai penguat kuasa JKM Maran menghampiri lelaki itu dan bertanyakan tujuannya meminta sedekah, namun pertanyaan tidak dijawab.

    Bukan itu sahaja, lelaki itu juga kelihatan seperti individu pekak dan bisu dengan pemeriksaan dilakukan mendapati terdapat kepingan wang kertas di dalam begnya, dipercayai hasil sedekah pengunjung pasar malam itu.

    Berkali-kali pihak JKM meminta kad pengenalan bagi tujuan rekod operasi tetapi tidak mendapat respons daripada lelaki itu.

    Selepas didesak akhirnya lelaki itu bersuara dan memaklumkan dia bukanlah pekak atau bisu, sebaliknya orang kurang upaya (OKU) fizikal iaitu kedua tangan tidak normal, manakala kad pengenalannya diletakkan dalam kenderaan.

    Penguat kuasa JKM mengekori lelaki itu ke keretanya dan mendapati individu yang hanya berdiri meraih simpati orang ramai atas kekurangan diri, memandu sebuah Proton X70 Premium.

    Siasatan lanjut mendapati lelaki itu tinggal di Balok, Kuantan dan akan ke pasar-pasar malam untuk mengemis. Semakan turut mendapati lelaki itu menerima Elaun Pekerja OKU daripada JKM sebanyak RM450 sebulan sejak 2001.

    Ketika disoal lanjut penguat kuasa, lelaki itu mengaku bahawa kenderaan terbabit adalah miliknya dan mampu mengutip RM500 hasil mengemis bagi tempoh empat hingga enam jam di pasar malam.

    Lelaki terbabit kemudian dilepaskan dengan amaran oleh penguat kuasa JKM.

    ALSO READ:  Khairul Aming Menguruskan Jumlah Makanan Seimbang Semasa Ramadan untuk Menjaga Berat Badan Ideal

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts