Blackpink Lisa dan Celine sudah tidak bekerjasama lagi?
Nampaknya jenama mewah kelahiran Perancis itu telah memilih ahli NewJeans Danielle sebagai duta global yang baru. Psst… khabarnya bakal menggantikan Blackpink Lisa.
Celine mengumumkan berita tersebut di media sosial, dengan berkongsi foto hitam putih Danielle yang mengenakan koleksi Celine.
DANIELLE
CELINE IS PLEASED TO ANNOUNCE THAT DANIELLE FROM NEWJEANS WILL REPRESENT THE HOUSE AS GLOBAL AMBASSADOR.#CELINEXDANIELLE pic.twitter.com/O6dSuYVJvx
— CELINE (@celineofficial) March 22, 2024
“Celine dengan bangganya mengumumkan bahawa NewJeans Danielle akan mewakili rumah fesyen itu sebagai duta global,” dalam satu kenyataan Celine.
“Danielle akan terlibat dalam pelbagai aktiviti sebagai duta global Celine. Kami menantikan sinergi baru yang akan dicipta oleh Danielle dan Celine.
Ternyata perkhabaran tersebut mendapat perhatian peminat Lisa yang tertanya-tanya sama ada Danielle akan menggantikan Lisa sebagai duta global terbaru Celine.
Ditambah lagi, ada peminat yang sudah menjangkakannya apabila Lisa mengejutkan peminat dengan membuat kemunculan di pertunjukan fesyen Louis Vuitton Fall/Winter 2024. Malah, Lisa juga dilihat kerap memakai koleksi Louis Vuitton berbanding Celine, pada awal tahun ini.
Mungkinkah Lisa akan bekerjasama dengan LV selepas ini?