Starvendors KLCC Mega Raya Fest 2024 kembali lagi tahun ini bertempat di Hall 4 & 5, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) pada 29 Mac hingga 1 April 2024 selama 24 jam tanpa henti. Acara kali ini merupakan edisi ke-15 penganjuran dibawah Star Vendors Event Sdn Bhd.
Dapat duit raya & pelbagai hadiah mewah!
Acara penuh gilang gemilang ini akan berlangsung selama empat hari dan 24 jam tanpa henti bermula jam 8 malam pada 29 Mac. Acara ini juga memberi tumpuan kepada pelbagai pilihan jenama dan produk termasuk fesyen, kecantikan, kesihatan, barangan keperluan rumah, kuih raya, makanan minuman dan lain-lain yang membabitkan lebih 300 booth.
Menurut Ketua Pengarah Eksekutif dan Pengasas Star Vendors Event Sdn Bhd juga artis versatil popular, Dato Saripah Raziah atau Ifa Raziah berkata, matlamat penganjuran kali ini adalah untuk memberi platform yang eksklusif kepada usahawan tempatan dan selebriti tanah air untuk berniaga.
Selain dari memberi peluang pada usahawan tempatan, Starvendors KLCC Mega Raya Fest 2024 bakal menyaksikan pembabitan 70 selebriti dan influencer terkenal tanah air yang turut membuka booth dan menjual rangkaian produk mereka sendiri.
Antara barisan selebriti dan influencer yang turut serta dalam Festival No.1 ini adalah Dato’ Sri Siti Nurhaliza, Dato’ Sri Aliff Syukri, Dato’ Ifa Raziah, Shuib Sepahtu, Datin Sri Shahida, Erra Fazira, Bella Astillah, Shahrul Ridzwan, Diana Danielle, Syatilla Melvin, Shahiezy Sam, Eira Syazira, Azad Jasmin, Aisha Retno, Risteena, Chacha & Emma Maembong, Nadia Brian, Rita Rudaini, Mawar Rashid, Black, Zulin Aziz, Kak KM, Puspagomen, Cikidot, Han Budak Cina dan ramai lagi.
Selebriti yang kita bawa juga dari pelbagai generasi. Dari selebriti senior hingga yang baru atau BBNU termasuklah influencers. Saya percaya setiap artis ini ada peminat mereka baik yang penyanyi atau pelakon.
Starvendors Mega Raya Fest 2024 akan bermula dari jam 8 malam pada 29 Mac dan terus sehingga 12 tengahhari pada 1 April nanti. Kita tak tutup booth, kalau datang untuk membeli-belah jam tiga pagi pun masih berjalan seperti biasa.
Antara tarikan terbaru bagi acara Starvendors KLCC Mega Raya Fest 2024 adalah hadiah duit raya bernilai RM100,000, sebuah kereta Audi TT dan 5 buah unit Iphone sumbangan dari Bee Society milik Shuib Sepahtu dan sebuah kereta Perodua Alza dari jenama Sugarbomb yang bakal diberikan kepada pengunjung yang bertuah pada 1 April 2024.
Selain itu terdapat jenama-jenama terkenal yang turut serta antaranya Bulan Bintang, Behati, Wonderlab, Juragan, Neutrovis, Aducktive, Noir, Simplysiti, Black & Supremacy, Munawareen, Ainaa Beauty, Ayuwan X Ernie Zakri, Chatime, House of Ridz Okumura, Muslim Vibes dan ramai lagi.
Tambahan pula, tahun ini Bank Rasmi Starvendors, Affin Bank juga menyediakan fasiliti perbankkan dan terminal kad khas untuk usahawan-usahawan Starvendors.
Juga, Rakan Kurier Rasmi, Pos Malaysia Berhad akan memberi perkhidmatan Pos sewaktu acara yang boleh di nikmati oleh pengunjung-pengunjung dan juga usahawan-usahawan yang berniaga secara online sewaktu acara dijalankan.
Tambah Ifa, 100 pengunjung terawal akan mendapat goodies bag bernilai RM111,111.
Kita juga mengharapkan pengunjung boleh datang beramai-ramai dari seluruh Malaysia termasuk pengunjung dari Brunei, Singapura dan Indonesia untuk membeli-belah di Starvendors Mega Raya Fest ini.
Selepas kejayaan melaksanakan Festival ini di lokasi yang sama, Starvendors juga telah melaksanakan road tour iaitu Starvendors Foodstival di beberapa Negeri termasuklah Johor, Perak, Melaka dan Pulau Pinang.
Paling membanggakan Star Vendors Event Sdn Bhd telah berjaya memecahkan rekod selama 100 jam pada tahun tahun lalu di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) serta mendapat pengiktirafan Malaysian Book of Records sebagai longest non stop Raya Festival.
Star Vendors Event Sdn Bhd juga mempunyai misi dan visi tersendiri dimana setiap penganjuran acara yang diadakan di seluruh negara berjaya membuka peluang kepada golongan berpendapatan rendah termasuk selebriti tanah air yang memiliki produk jualan dapat menjana pendapatan dan berjaya merancakkan lagi ekonomi negara.
Jadi harapan saya pada tahun ini adalah tahun kita bangkit bersama termasuklah usahawan-usahawan dan rakan rakan selebriti terus maju kehadapan bersama tagline Starvendors Pasti Mega!