Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentPengurus Spa Tepis Stereotaip Netizen, Sanggup ‘Terbang’ Ke Empat Buah Negara Untuk...

    Pengurus Spa Tepis Stereotaip Netizen, Sanggup ‘Terbang’ Ke Empat Buah Negara Untuk Dapatkan Ilmu

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Pertumbuhan pesat industri spa di negara ini bukan hanya menjana pendapatan malahan membuka peluang pekerjaan kepada semua individu tanpa mengira usia.

    sempat menemu bual seorang pengurus spa iaitu Encik Shahrul Nizam Amran bagi berkongsi mengenai perjalanan hidupnya bermula sebagai seorang spa therapist sehinggalah berjaya menjadi seorang pengurus spa yang dikenali ramai terutama dalam kalangan selebriti tanah air.

    ‘Terbang’ ke empat buah negara timba ilmu

    Menurut anak kelahiran Pahang ini, dia mendapat pendidikan awal di Universiti Putra Malaysia (UPM) dalam bidang pengurusan pentadbiran perniagaan dan undang-undang sebelum menyambung pengajian di bawah program Kementerian Pelancongan (MOTAC) bagi menyokong pemain industri SPA Malaysia untuk tidak mengambil therapist dari luar negara dan mengambil diploma CIBTAC di Indonesia.

    Ujar Shah, dia mempunyai minat dalam bidang ini selepas kaki ibunya terseliuh dan susah bagi mereka sekeluarga untuk mendapatkan rawatan alternatif pada masa itu.

    Kisah saya bermula apabila kaki mak saya terseliuh. Masa itu susah sangat untuk kami mendapatkan rawatan alternatif selain ubat-ubatan yang disediakan oleh doktor dan rawatan fisioterapi yang disarankan oleh pihak hospital.

    Berikutan daripada itu, saya mahu belajar secara professional untuk membantu mak dan masyarakat. Selain itu, saya mahu memberikan rawatan alternatif untuk membantu para pelanggan di dalam hal-hal yang tertentu selain daripada perubatan moden. Ia secara tidak langsung juga membantu memacu ekonomi negara.

    Shah yang merupakan anak sulung daripada tiga beradik ini berkata, dia sanggup mengeluarkan sejumlah wang simpanan untuk ‘terbang’ ke empat buah negara demi mendapatkan ilmu dalam bidang spa ini.

    Dulu masa saya nak belajar berkaitan urut dan spa ini, memang banyak duit saya habis. Selain belajar di Malaysia, saya juga pergi belajar di Indonesia, London, Thailand dan Australia. Setiap negara ini saya belajar banyak benda yang berbeza-beza. Semua ini pengalaman yang berharga. Saya belajar spa therapy, urutan badan, anatomi dan fisiologi, pengurusan spa, program melakukan jamu dan lain-lain.

    Disoal mengenai pengalaman bekerja selepas menamatkan pengajian, Shah memberitahu dia sudah bekerja di enam buah spa termasuk di tempat sekarang iaitu di Kechmara Spa & Wellness di Bertam Resort.

    Saya mula bekerja di Genting Grand Hotel di Pahang. Kemudian saya pindah ke Sembunyi Spa, Cyberview Resort & Spa, diikuti The Banjaran Hots Spring Spa, Perak, Wellness Cosmetology Alliance Lab, YTL Hotel Resort & Spa dan terbaru di Kechmara Spa & Wellness di Bertam Resort.

    Dapat jumpa pemimpin hebat dan selebriti

    sempat bertanya kepada Shah mengenai kelebihan menyambung pengajian dalam bidang kesihatan, kecantikan dan spa ini. Jelas Shah, dia dapat mengenali struktur badan manusia dengan lebih baik.

    Saya boleh mengetahui fungsi yang lebih jelas dan menjaga badan daripada menanggung kesakitan.

    Shah yang mempunyai perwatakan ceria sempat berkongsi pengalaman manis dan pahit sepanjang bekerja di dalam industri spa ini.

    Setiap pekerjaan pasti ada momen manis dan pahit. Kalau momen manis, saya dapat bertemu dengan pemimpin hebat dunia, negara dan artis Malaysia dan luar negara. Antara individu yang saya selalu jumpa ialah Datuk Aznil Haji Nawawi buat masa sekarang.

    Pengalaman pahit pula, ada segelintir pelanggan yang cuba mengambil kesempatan dengan mengatakan sesuatu yang tidak betul untuk mendapatkan rawatan yang lebih lama.

    Berbicara mengenai pandangan masyarakat terhadap pekerja spa di negara ini, Shah mengakui ada segelintir pihak tidak faham mengenai tugas dan tanggungjawab mereka.

    Mereka yang tidak mengenali bidang ini secara lebih mendalam akan cenderung kepada perkara negatif.

    Ini disebabkan oleh pengetahuan yang cetek dan sebenarnya tugas di dalam bidang spa ini memerlukan perhatian dan fokus sangat teliti dan berhati-hati di dalam rawatan yang dilakukan untuk memastikan kesan selepas rawatan ke tahap yang paling maksimum di dalam mana-mana rawatan yang dipilih.

    Spa inspirasi ala Morocco

    Di samping itu, lelaki berusia 39 tahun ini sempat berkongsi mengenai matlamat hidupnya untuk masa hadapan.

    Apa yang Shah nampak dan target untuk masa hadapan, industri ini akan menjadi satu keperluan suatu hari nanti kerana ramai orang mengalami masalah tekanan terutamanya sukar mendapatkan waktu tidur yang secukupnya. Selain itu, persekitaran tempat kerja dan cuaca di Malaysia juga antara faktor ramai orang mahu mendapatkan rawatan anti-aging kepada diri dan wajah.

    Di akhir temu bual, bertanya kepada Shah mengenai harga dan pakej yang ditawarkan olehnya di Kechmara Spa & Wellness pada masa ini. Jelas Shah, harga mereka bermula serendah RM160 untuk rawatan satu jam manakala RM1500 untuk rawatan buat dua orang iaitu selama tiga jam.

    Sebagai pengurus spa dan individu yang pernah menjadi therapist, kami menyediakan banyak rawatan menarik buat pengunjung. Antara rawatan yang disediakan ialah urutan badan, rawatan kulit badan, wajah, rambut, kulit kepala, kuku dan rawatan berasakan bunyi, Kami juga guna bahan-bahan premium seperti base argan oil, rose, oud, sandal wood, benzoin, rosewood, dan bauwan dari bahan semula jadi.

     

    View this post on Instagram

     

    A post shared by Kechmara Spa (@kechmaraspa)

    ALSO READ:  ‘Perasaan Kegundahan yang Tak Terucapkan Terhadap Kehilangan Seseorang yang Sangat Bererti, Al-Fatihah’ – Raghad

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts