Seorang peniaga makanan dan pencipta konten yang dikenali sebagai Dania Sedek tampil memohon maaf kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan orang ramai susulan tindakannya menggunakan sarung tangan berwarna kuning yang dikatakan tidak sesuai dalam penyediaan makanan.
Mohon maaf pada KKM
Menerusi perkongsian di TikTok, Dania berkata dia mengambil maklum mengenai teguran tersebut dan menyatakan pihaknya tidak akan mengulangi kesalahan yang sama pada masa akan datang.
Saya dimaklumkan video saya menyediakan air asam gunakan sarung tangan kuning dah viral dan KKM pun sudah repost.
Pertama sekali saya betul-betul minta maaf dan memang saya salah. Saya fikir glove kuning tu full great dan pilih kuning sebab warna brand kami. Saya suka warna kuning.
Kali ini memang saya salah, akan perbetulkan lebih baik lagi selepas ini. Sarung tangan yang KKM kata tidak sesuai digunakan saya sudah buang.
Dalam hantaran sama, Dania berkata kejadian tersebut akan dijadikan pengajaran buat dirinya dan berharap peniaga yang lain dapat mengambil iktibar.
Terima kasih KKM kerana memberikan teguran yang membina, semoga menjadi pengajaran kepada saya dan peniaga lain agar lebih berhati-hati selepas ini.
Saya rasa sangat bersalah dan minta maaf sangat-sangat. Terima kasih atas sokongan semua.
Terdahulu, tular sepotong video memperlihatkan seorang peniaga makanan sedang menyediakan makanan jenis air asam menggunakan sarung tangan berwarna kuning.
Susulan itu, KKM menerusi satu kenyataan menegur peniaga berkenaan dan berkata sarung tangan tersebut tidak sesuai digunakan ketika sedang menyediakan makanan.
Kenyataan itu kemudian menerima pelbagai reaksi orang ramai yang rata-ratanya bersetuju. Malah, netizen mengecam tindakan peniaga tersebut.
Video
@daniasedek Replying to @nia?? ? Sholawat Badar – Muhajirlamkaruna