Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentPenjual Karpet Dazrin Kamarudin Lebih Popular Daripada Sebagai Pelakon

    Penjual Karpet Dazrin Kamarudin Lebih Popular Daripada Sebagai Pelakon

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Pelakon Dazrin Kamarudin memberitahu kepada baru-baru ini, bahawa generasi baharu lebih mengenalinya sebagai penjual karpet jika dibandingkan sebagai anak seni.

    Lebih dikenali sebagai abang karpet

    Menerusi temu bual ketika majlis pelancaran gudang Al Aqsa Carpet, di Shah Alam pada Ahad lalu, Dazrin turut berkata, dia akur jika namanya semakin dilupakan peminat.

    Bagaimanapun, jejaka berusia 36 tahun itu tidak terfikir untuk bersara daripada dunia lakonan meskipun sibuk menguruskan perniagaan.

    Saya tidak pernah bersara cuma sekarang aktiviti dalam bidang seni agak perlahan. Dalam tempoh dua tahun ini memang saya fokus sepenuhnya kepada perniagaan.

    Saya tahu orang akan lupakan saya. Generasi sekarang kalau berjumpa pun mereka tidak tahu saya seorang pelakon sedangkan sudah terlibat dalam puluhan drama. Mereka panggil saya itu abang karpet kan. Saya hanya senyum. Mungkin ibu, ayah, abang dan kakak mereka kenal saya.

    Disoal mengenai projek lakonan yang terakhir, Dazrin memberitahu dia berlakon sekitar dua tahun lalu.

    Dua tahun lepas projek lakonan yang terakhir saya. Sebagai pelakon yang ada pengalaman, saya tak kejar populariti bahkan memilih karya yang sesuai. Ada juga watak yang ditulis khas untul saya, tetapi saya tolak atas beberapa faktor. Saya minta maaf.

    Bercakap mengenai tawaran, saya mengaku masih ada namun buat masa sekarang saya terpaksa tolak juga. Sekarang ini kalau ada watak hero yang memerlukan komitmen tinggi tetapi dapat memberi impak saya akan terima.

    Tidak kisahlah kalau bukan watak utama pun namun skrip yang baik saya tak tolak. Mungkin dalam masa terdekat saya akan kembali berlakon.

    Buat infaq dan sedia juadah berbuka puasa

    Di akhir temu bual, Dazrin berkongsi mengenai perniagaan karpet yang diusahakan olehnya sejak lapan tahu lalu. Ujar Dazrin, dia mahu semua orang merasai pengalaman gaya hidup mewah menerusi koleksi pelbagai jenis karpet dengan harga berpatutan.

    ALSO READ:  [VIDEO] Hairul Azreen Menyelam Di Dubai, Tempat Yang Sama Will Smith Berkunjung Cetus Perhatian Ramai!

    Bukan itu sahaja, pelakon drama ‘Dosa Seorang Suami’ ini juga membuka peluang kepada mana-mana pihak untuk melakukan infaq bagi pemasangan karpet di masjid atau surau.

    Setakat ini, syarikat saya sudah melakukan infaq untuk lebih 2,000 masjid di seluruh Malaysia. Ada mana-mana masjid yang mungkin tak cukup dana kami akan cuba tampung yang selebihnya.

    Paling penting, mereka datang dan bagitahu modal banyak mana dahulu. Kami akan berbincang dan cuba untuk memberikan yang terbaik.

    Di akhir temu bual, Dazrin turut berkongsi suka duka sepanjang kehidupannya yang mungkin orang lain tidak tahu.

    Saya pernah nak isi minyak pun tak ada duit. Orang mungkin nampak artis ni berduit sentiasa. Tetapi mereka tidak tahu sebaliknya. Jadi, apabila berniaga macam ni, Alhamdulillah ada sedikit rezeki.

    Apabila ada rezeki macam sekarang ni pula, saya mahu kongsi dengan rakan-rakan artis yang lain. Kalau mereka tiada job dan perlu mencari pekerjaan, saya sedia membantu dan memberi peluang pekerjaan. Cuma saya kena tengok juga beberapa faktor sebelum ambil bekerja.

    Memandangkan bulan puasa juga semakin dekat, saya dan seluruh team akan menyediakan makanan untuk pengunjung ketika waktu berbuka nanti.

    Bagi saya, mereka datang jauh untuk sokong perniagaan saya. Setakat perkara kecil sebegitu saya buat apa salahnya. Lagipun ini bukan tahun pertama kami menyediakan juadah bebruka puasa secara percuma buat pengunjung.

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,246FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts