Seorang peniaga laksa terpaksa berhenti menjual susulan didakwa tidak menjaga kebersihan ketika menyiapkan makanan tersebut.
Mohon maaf
Tampil memohon maaf, peniaga yang dikenali sebagai Tomey itu juga beterima kasih kepada pihak yang mengambil berat tentang keadaannya.
Buat masa sekarang saya akan berhenti masak laksa, tentang berniaga saya juga akan berhenti. Tetapi saya akan teruskan hidup seperti biasa.
Terima kasih yang DM tanya keadaan saya. Buat masa sekarang ini, Allah lebih tahu dan melihat semua gambar itu. Saya juga minta maaf sebab marah dan maki hari itu.
Saya memohon maaf atas segala yang berlaku. Saya baru keluar wad kecemasan, nanti saya balik pindahkan barang ke rumah sewa yang baru.
Tomey berkongsi mengenai perkara itu menerusi hantaran di TikTok miliknya.
Kotor sebab banjir
Sementara itu, menerusi satu lagi siri hantaran di entri sama, Tomey menjelaskan mengenai foto dan video yang tular memaparkan sekitar kawasan rumahnya yang kotor adalah disebabkan kesan bencana banjir.
Tidak mahu menegakkan benang yang basah, Tomey mengakui silapnya tidak menitiberatkan tentang kebersihan.
Lalat dan sampah itu ada selepas berlaku banjir seperti dalam video ditularkan. Dia ambil gambar semua selepas banjir. Bab lalat itu kalau saya tak meniaga pun, lalat itu tetap ada.
Gambar sisa laksa itu saya baru habis basuh pinggan dan tak basuh tapak kawasan situ. Tak sempat nak simpan sisa dalam beg plastik sampah.
Kalau saya cakap pun nanti orang kata saya pertahankan diri. Ya saya mengaku salah. Salah sebab tak bersihkan luar rumah dahulu sebelum buat laksa.
Tapi kenapa dia tak rakam dalam rumah sekali, boleh tahu keadaan dalam rumah.
Terdahulu, sebuah akaun TikTok telah menularkan foto dan video memaparkan keadaan rumah peniaga laksa tersebut yang kelihatan kotor.