Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Thursday, October 10, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentPenolong Pengarang BH Patah Balik Dari Umrah Demi Tatap Jenazah Anak Dirempuh...

    Penolong Pengarang BH Patah Balik Dari Umrah Demi Tatap Jenazah Anak Dirempuh SUV

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Salah seorang pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) Cawangan Dungun yang disahkan meninggal dunia akibat dirempuh sebuah Kenderaan Utiliti Sukan (SUV) iaitu Ku Adib Aizab merupakan anak kepada Penolong Pengarang Berita Harian (BH).

    Ibu ayah terbang semula ke KL

    Memetik laporan Harian Metro, ibu kepada Ku Adib iaitu Hafizah Iszahanid merupakan Penolong Pengarang Berita BH manakala bapanya Ku Azmi Saad merupakan kakitangan Print Tower Sdn Bhd (PTSB), sebuah syarikat di bawah naungan The New Straits Times Press (M) Bhd (NSTP).

    Difahamkan, pasangan itu sedang dalam penerbangan ke Makkah bagi mengerjakan ibadah umrah menerusi Program Umrah dan Ziarah 2024, Media Prima Bhd yang baru sahaja tiba di Jeddah pada 9.15 malam Rabu (waktu tempatan).

    Ketika ini, Hafizah dan suaminya sedang berada dalam penerbangan pulang semula ke Kuala Lumpur bagi menatap wajah arwah anak mereka buat kali terakhir.

    Dirempuh SUV

    Terdahulu Ku Adib bersama tiga lagi rakannya dirempuh oleh sebuah SUV jenis Honda CRV yang dipandu seorang wanita berusia lingkungan 40-an ketika dalam perjalanan pulang ke kampus.

    Ku Adib disahkan meninggal dunia bersama dua lagi rakannya iaitu Khairil Anuar Jamaluddin dan Mohd Akhmal Tukirin manakala seorang lagi rakan mereka iaitu Mohd Ammar Danish Mohd Rodhuan mengalami cedera parah.

    Kesemua yang terkorban dilaporkan mengalami kecederaan parah iaitu patah tulang leher, cedera di kepala serta dada dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

    Menurut Timbalan Ketua Polis Terengganu, Datuk Wan Rukman Wan Hassan, pihak polis sudah pun menahan suspek dan kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

    Kini, mayat kesemua mangsa kini telah pun diserahkan kepada pihak polis bagi tujuan tindakan lanjut.

    ALSO READ:  Niat Bukan Mahu Kongkong, Erra Fazira Tak Benarkan Anaknya Tonton Wayang Dengan Teman Lelaki

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,230FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts