Britney Spears kembali mencuri perhatian orang ramai selepas mengumumkan dia telah berkahwin dalam satu perkahwinan yang luar biasa.
Bukan dengan mana-mana lelaki, Britney mengejutkan seluruh dunia dengan menyatakan dia telah berkahwin dengan diri sendiri. Pengumuman ini bukan sahaja menimbulkan pelbagai reaksi daripada orang ramai, malah daripada rakan dan orang yang terdekat dengannya.
“Pada hari saya berkahwin dengan diri sendiri. Membawanya kembali kerana ia mungkin kelihatan memalukan atau bodoh, tetapi saya fikir ia adalah perkara yang paling bijak yang saya pernah lakukan!”- kongsi Britney di kapsyen.
Mengahwini diri sendiri, Britney dilihat mengenakan gaun pengantin satin putih yang agak kusut keadaannya, lengkap dengan veil renda yang menjuntai ke lantai.
Tidak lama selepas daripada memuat naik video perkahwinannya itu, Britney telah menghabiskan masa di Turks dan Caicos untuk bulan madunya.
Walaupun sologami dikenali sebagai satu situasi untuk meraikan cinta dan komitmen terhadap diri sendiri, keputusan Britney ini sedikit sebanyak mencetuskan kerisauan terhadap orang terdekatnya.
Apa kata kamu?