Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Sunday, October 6, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentPenutup 2023, Berikut 5 Filem Bollywood Yang Gagal Pada Tahun Ini!

    Penutup 2023, Berikut 5 Filem Bollywood Yang Gagal Pada Tahun Ini!

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Bollywood memiliki barisan filem yang berjaya tahun ini. Di sebalik kejayaan beberapa filem, ada juga yang gagal teruk dan mendapat kritikan.

    Menurut Intepseleb, berikut adalah 5 filem Bollywood yang dikatakan gagal pada tahun ini.

    Chandramukhi 2

    via The Hindu

    Chandramukhi 2 menampilkan Kangana Ranaut dan Raghava Lawrence dalam watak utama, yang juga merupakan sekuel kepada filem komedi seram Tamil blockbuster, Chandramukhi.

    Filem ini telah dikeluarkan di pawagam pada 28 September dan telah mengumpul bersih RM21 juta di India dalam semua bahasa; Tamil, Telugu, Hindi, Malayalam dan Kannada.

    Tejas

    Filem Kangana Ranaut, yang menampilkan beliau sebagai juruterbang Tentera Udara India, tidak membawa pulang kejayaan seperti yang diharapkan.

    Diarahkan oleh Sarvesh Mewara, Tejas berkisar tentang perjalanan Tejas Gill, seorang juruterbang Tentera Udara, yang menjalankan misi menyelamat berbahaya.

    Filem itu hanya mengumpul bersih sekitar RM3 juta di India selepas tayangannya pada Oktober.

    Selfiee

    via Ind News

    Filem Akshay Kumar kali ini menjadi antara filem pertama yang terburuk. Malah filem ini juga didakwa merupakan filem yang menerima kutipan paling rendah dalam dekad yang lalu.

    Menurut Intepseleb, Selfiee yang dikeluarkan pada Februari mengutip bersih RM9 juta di India dan dilaporkan dibuat dengan bajet RM55 juta.

    Ganapath

    Filem aksi dystopian pasca-apokaliptik daripada Tiger Shroff dan Kriti Sanon ini mendapat prestasi yang buruk di box office.

    Ganapath ditulis dan diarahkan oleh Vikas Bahl yang terkenal dengan filem Queen. Dilaporkan bahawa filem ini telah dibuat dengan bajet RM11 juta. Walaupun begitu, filem futuristik ini hanya mengumpul bersih RM7 juta sahaja.

    Shehzada

    via Filmy Mojo

    Filem Shehzada arahan Kartik Aaryan, yang merupakan filem Hindi dari filem Ala Vaikunthapurramuloo (2020) arahan Allu Arjun, gagal di box office.

    ALSO READ:  Norish Karman ‘Block’ Nombor Suami Orang, Pilih Calon Lelaki Muda Berstatus Bujang

    Dikeluarkan pada bulan Februari, filem itu mengutip bersih RM17 juta di India selepas dibuat dengan bajet RM47 juta.

    Related articles

    Follow Us

    20,236FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts