Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentPenyalahgunaan Nama ANWAA: Abdul Abdul Sedih dengan Tindakan Pihak yang Merupakan Ancaman? atau...

    Penyalahgunaan Nama ANWAA: Abdul Abdul Sedih dengan Tindakan Pihak yang Merupakan Ancaman? atau Penyalahgunaan Nama ANWAA: Abdul Abdul Merasa Sedih Apabila Pihak Tertentu Mencuba Mengambil Kesempatan

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Aina AbdulAina Abdul

    Penyanyi dan komposer, Aina Abdul menyatakan dia tidak akan lagi mengadakan konsert yang menggunakan nama ‘A Night With Aina Abdul’ (ANWAA) pada masa akan datang.

    Aina ditindas?

    Aina AbdulAina Abdul

    Menurut Aina atau nama lengkapnya Nurul Aina Abdul Ghani, 31, keputusan itu dibuat selepas dia melalui pengalaman yang disifatkan satu pengajaran besar dan tidak boleh dilupakan.

    Apa saja konsert yang saya buat atas nama ANWAA ini, datang dengan ‘harga’. Orang nampak kejayaan ANWAA 1.0, 2.0, 3.0, dan di Singapura, orang nampak betapa gahnya ANWAA kan. Orang beli tiket dan mereka berhabis banyak.

    Macam saya cakap, ia datang dengan ‘harga’. Itu adalah harga yang perlu saya tanggung. Kebahagiaan yang saya dapat daripada ANWAA adalah peminat saya, itu saja. Peminat saya adalah penguat saya.

    Tahun ini, ada beberapa pihak datang nak buat ANWAA 4.0 pula, saya cakap tidak, saya tidak mahu lagi dah. Selepas ini, tiada lagi A Night With Aina Abdul, konsert selepas ini akan nama baru.

    Aina berkongsi mengenai perkara itu ketika menjadi tetamu di saluran podcast SYOK Podcast Confession Bilik Gelap.

    Dalam pada itu, pemenang Anugerah Juara Lagu ke-37 (AJL 37) itu mendakwa ada pihak yang cuba mengambil kesempatan di atas kejayaan dan bakat yang dimiliki.

    Aina dalam nada sebak berkata dia berharap apa yang dilaluinya menjadi pengajaran buat semua anak seni.

    Kadang orang macam merendahkan anak seni ini. Kita tahu menyanyi, kita tahu bahagian seni, tapi kita tak tahu soal bisnes. Jadi orang macam ‘ayam-ayamkan’ kita. Bila kita tidak ada pasukan yang ‘firm’ di depan, lagi menjadi masalah.

    Jadi, saya harap ini juga menghantar mesej untuk semua penyanyi muda lain, yang mempunyai semangat yang tinggi dalam bidang ini. Adik adik semua kena bersedia dengan pertaruhan orang sebegini.

    Orang nak ambil sesuatu daripada anda, boleh, dan sebab itu saya buat ANWAA 1.0 pada mulanya. Saya nak bersama pasukan saya. Saya nak sangat bagi peluang bersama-sama. Apabila kita mula dengan ANWAA 1.0, ia dijalankan ketika pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Ketika itu peluang pekerjaan sangat tipis. Saya punya pasukan produksi semua adalah bermula dari kosong. Kami sama-sama mencari pasukan yang perlu ada dalam sebuah konsert.

    Kadang kita saja yang rasa kebersamaan itu dan semangat kekeluargaan itu, tapi orang lain tidak. Itu pengajaran terbesar saya pada 2023 untuk memilih individu berada dalam lingkungan saya selepas ini. Saya harap tidak ada siapa yang marah saya selepas ini, sebab saya bercakap yang benar.

    Imbas kembali, Aina pernah menjayakan ANWAA 1.0 di Bsync Live Kuala Lumpur, ANWAA 2.0 di Panggung Sari, Istana Budaya, ANWAA 3.0 di Axiata Arena Bukit Jalil dan ANWAA Live in Singapore.

    ALSO READ:  ‘Banyakkan Baca Quran & Solat Sunat Dekat Dalam Tu’ – Kawan Aliff Teega, Aisyah Hijanah

    Dalam perkembangan terkini, Aina bakal berentap di pentas akhir AJL 38 pada 3 Mac ini menerusi lagu Jangan Mati Rasa Itu.

    AJL 38 bakal bersiaran secara langsung dari Dewan Axiata Arena, Bukit Jali dan saluran TV 3 pada 3 Mac, jam 9 malam.

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts