Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainment‘Penyanyi Amir Masdi Mengaku Percubaan Tidur di Studio Gagal’

    ‘Penyanyi Amir Masdi Mengaku Percubaan Tidur di Studio Gagal’

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Pembabitan penyanyi berbakat, Amir Masdi dalam bidang muzik tempatan kini sudah genap lapan tahun. Tak dinafikan, banyak lagu nyanyian Amir yang mendapat sambutan hangat daripada para peminat.

    Pernah tidur dalam studio sebab tak ada job

    Amir atau nama sebenarnya Amir Syazwan Masdi akui perjalanannya sebagai anak seni bukanlah semudah yang disangka. Malah terpaksa menempuhi pelbagai cabaran dan menimba pengalaman untuk dirinya sampai ke tahap hari ini. Tambah Amir lagi, liku-liku tersebut secara tidak langsung membantunya memperbaiki diri.

    Masa awal-awal selepas habis buat persembahan saya akan tanya pengurus berapa dibayar, dia cakap tidak ada. Ketika itu saya fikir macam inikah nasib penyanyi yang mana bersusah payah menyanyi tapi tidak ada bayaran.

    Malah, saya masih Ingat lagi selepas habis AF, pergi sana sini nyanyi banyak lagu, tapi percuma saja. Apa yang sedihnya, balik rumah mak ayah gembira sebab saya ada ‘show’ dan mestilah mereka fikir dapat bayaran. Kalau mereka tanya, saya hanya cakap ada. Dalam hati saya sendiri yang tahu. Saya tidak mahu mereka risau. Jadi, saya pendam saja.

    Dalam pada itu, Amir berkata, gelaran juara dimiliki bukan tiket untuk dirinya mencapai apa diingini. Tambah pelantun lagu Debu dan Sengaja itu lagi, dia juga pernah tidur di studio semata-mata mahu mengaburi mata kedua ibu bapanya yang mana dia sibuk bekerja dan banyak tawaran menyanyi.

    Ketika mana saya tidak ada bayaran, masa itu tidur di studio. Saya ikut pengurus pergi jumpa orrang berpengalaman dalam industri. Pendek kata saya banyak luangkan masa di studio untuk elak ditanya oleh mak ayah.

    Lagi satu saya tidak mahu terkurung di rumah dan mengganggu fikiran yang saya tidak ada kerja. Jadi, saya memilih untuk berada di studio agar kelihatan sibuk dan banyak kerja. Saya sebenarnya sibukkan diri untuk kaburi pandangan keluarga. Tetapi dalam masa sama, di studio saya nak dapatkan pendedahan dan belajar banyak perkara berkaitan muzik.

    Untuk rekod, Amir sudah dua kali menjadi finalis Anugerah Juara Lagu (AJL) iaitu menerusi lagu Kau Sakiti pada AJL35 dan Debu duet bersama Dayang Nurfaizah pada AJL37. Selain itu, Amir juga menjadi Naib Juara pada program The Masked Singer Malaysia Musim Kedua.

    ALSO READ:  Kim Sung Kyu Bakal Gegarkan Zepp Kuala Lumpur, Konsert Solo Pertama di Malaysia Selama 2 Hari

    Lebih membanggakan juga, Amir berjaya melancarkan album sulungnya berjudul Amir Masdi tahun lalu serta mengadakan siri jelajah album itu di seluruh negara.

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts