Penyanyi Jay Jay dilaporkan meninggal dunia di Hospital Thomson Kota Damansara, pada malam Ahad.
Isteri sahkan
Berita tersebut disahkan oleh penyanyi, Datuk Hattan. Hattan memberitahu dia mendapat perkhabaran tersebut daripada isteri Jay Jay.
Iya saya baru bercakap dengan isterinya.
Jay Jay sudah meninggal dunia cuma saya tidak pasti pukul berapa dia meninggal dunia.
Dijangka kebumi esok
Difahamkan, Jay Jay atau nama sebenarnya Mohd Fauzi Darus akan dikebumikan pada keesokkan hari (Isnin).
Sebelum ini, anak kepada allahyarham Jay Jay iaitu Cammy Fauzi memaklumkan bapanya dalam proses menjalani rawatan fisioterapi akibat diserang angin ahmar.
Cammy berkata, bapanya mengalami lumpuh pada bahagian tubuh sebelah kanan pada awal Jun lalu selepas menjalani pembedahan pintasan jantung pada 23 Mei lalu.
Namun selepas menjalani beberapa sesi fisioterapi, Jay Jay menunjukkan perkembangan positif dan keadaannya bertambah baik.