Baharu sahaja pulang dari membuat persembahan di acara ASEAN-Korea Music Festival 2024 (Round Festival) yang bertempat di Busan, Korea Selatan, penyanyi kacak asal Brunei, Rizal Rasid kembali dengan single pop rancak terbaharu berjudul ‘Tarikh Luput’.
Menampilkan Tish Errda
Dalam single ini dia turut menampilkan penyanyi berbakat Tish Errda,
Lagu ini adalah ciptaan Amzar Razqa, Sabbala, Mekar dan Tish Errda sendiri, dan diterbitkan oleh label rakaman terkenal tanah air, Warner Music Malaysia.
Kali terakhir Rizal muncul dengan single terbaharu hampir setahun yang lalu.
Walaupun sudah lama tidak muncul dengan mana-mana single, Rizal masih lagi aktif menyanyi di majlis tertutup, persembahan korporat dan di beberapa buah universiti.
Mencuba Sesuatu Yang Baharu
Bagi single ‘Tarikh Luput’, Rizal mencuba sesuatu yang baharu dalam nuansa melodi yang tidak pernah dibawakan sebelum ini iaitu lagu pop urban rancak dengan elemen R&B.
Selain Rizal, komposer bersama, Tish Errda turut berduet dalam single ‘Tarikh Luput’ ini.
Tish yang mempunyai keistimewaan vokal yang tersendiri, tona suaranya sedap serta lembut didengar, dan berpadanan dengan vokal Rizal, maka dia mengambil keputusan untuk menjadikannya rakan duet dalam lagu ini.
Klip Video Yang Menarik
Single ‘Tarikh Luput’ yang telah pun dilancarkan turut memaparkan sebuah muzik video (MV) dengan konsep urban dan moden, dengan paparan busana fesyen terkini dan penataan cahaya yang menarik.
Lagu ‘Tarikh Luput’ boleh dimuat turun di iTunes serta dijadikan nada dering panggilan menerusi ke semua syarikat telekomunikasi tempatan dan boleh didengar pada bila-bila masa melalui aplikasi penstriman atas talian seperti Spotify, KKBox, Deezer, Apple Music serta YouTube Music.
Manakala MV single ini pula boleh ditonton secara eksklusif hanya di saluran khas YouTube Warner Music Malaysia.