Baru-baru ini tular di platform X mengenai pendedahan seorang wanita tentang rakannya yang merupakan bekas kekasih kepada penyanyi lagu ‘healing’ viral.
Penyanyi pukul bekas kekasih?
Menerusi perkongsian tersebut, individu itu mendakwa rakannya bukan sahaja dicurangi malah turut menjadi mangsa pukul penyanyi lelaki terbabit.
Dakwa individu ini lagi, sikap penyanyi itu dipercayai berubah selepas dia dikenali ramai susulan lagu yang dinyanyikannya hits dan mendapat perhatian para pendengar.
Baru terkenal sikit perangai dah macam ….. Dah rasa terkenal sikit, rasa hebat gila.
Sedangkan selama ini, wanita tersebut sentiasa ada bersamanya sejak empat tahun lepas dan difahamkan, penyanyi viral itu hanyalah seorang penghantar makanan pada dua tahun lalu.
Individu terbabit turut berkongsi semula satu hantaran yang didakwa dibuat oleh bekas kekasih penyanyi itu di Instagram Story.
Dalam pada itu, wanita terbabit menyifatkan istilah orang ramai tentang ‘susah senang bersama’ sudah tidak relevan lagi selain akui dirinya agak bodoh masih setia kerana terlalu sayang.
Hasil tinjauan , hantaran tersebut telah dipadam oleh individu terbabit dari platform X miliknya.