Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Wednesday, September 25, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentPenyanyi & Penulis Lagu Berbakat Indonesia Sal Priadi Zuzuzaza Bakal Adakan Konsert...

    Penyanyi & Penulis Lagu Berbakat Indonesia Sal Priadi Zuzuzaza Bakal Adakan Konsert Di Malaysia

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Siapa yang tidak kenal dengan pelantun lagu viral ‘Dari Planet Lain’, Sal Priadi, penyanyi dan penulis lagu berbakat asal Malang, Indonesia ini bakal mengadakan konsert perdananya di 5 kota di Indonesia dan terakhir di Kuala Lumpur, pada tarikh 13 Oktober 2024, di dewan Zepp Kuala Lumpur bermula jam 8:00 malam, anjuran oleh syarikat pengelola konsert terkemuka, Kharisma Music.

    Live In Kuala Lumpur

    Menurut Ketua Pengarah Eksekutif & Pengasas Kharisma Music, En Ahmad Jeffny, konsert yang digelar ‘Sal Priadi Zuzuzaza Live In Kuala Lumpur’ ini merupakan usaha dalam membawakan hiburan secara ‘live’ istimewa buat peminat muzik di Malaysia.

    Konsert ini merupakan peluang unik bagi peminat di Malaysia untuk menyaksikan persembahan secara langsung dari salah seorang bintang muzik paling menonjol dalam industri muzik Indonesia.

    Dikenali dengan lirik puitis dan melodi yang memikat, Sal Priadi dijangka akan membawa penonton melalui perjalanan emosional yang mengujakan.

    Menurut Sal Priadi, ini merupakan kali pertama dia membuat persembahan secara besar-besaran di Indonesia dan Malaysia dalam

    Siri jelajah ‘Sal Priadi Zuzuzaza Tour 2024 salah satu lagu yang diambil dari album kedua saya ‘Markers & Such Pens Flashdisks. Lagu ini tentang membuat bunyi-bunyian sendiri yang menghidupkan semangat kreativiti, bahawa semua orang berhak mencipta sesuatu yang diingininya jika dia betul-betul yakin.

    Kesemua kota di Indonesia yang bakal dilawati Sal Priadi ketika ‘Sal Priadi Zuzuzaza Tur 2024’ mempunyai maksud yang tersendiri, dan Kuala Lumpur juga punyai makna buat dirinya.

    Saya sempat membuat persembahan di Kuala Lumpur pada tahun lepas dan merasakan pengalaman ‘showcase’ album ‘Markers & Such Pens Flashdisks’ harus dibawa dan dikongsikan bersama peminat di Kuala Lumpur.

    Kalau dahulu saya hanya membuat persembahan selama 1 jam, kini penonton berpeluang menyaksikan saya beraksi selama 2 jam lebih dengan hampir 20 buah lagu kesemuanya yang diambil dari album pertama dan kedua saya dan yang pasti, persembahan kali akan berbeza dengan konsert yang sebelumnya.

    Bakal penonton konsert juga berpeluang menyaksikan paparan audio visual yang kreatif, dengan konsep artistik yang dirancang khas untuk mencerminkan ‘mood’ dari lagu-lagu yang dinyanyikan oleh Sal Priadi.

    ALSO READ:  Selamba Parkir Kereta Tengah Sungai, Geng 4×4 Teruk Dikecam – ‘Makin Besar Kereta, Makin Kecil Kepala Otak’

    Peminat-peminat Sal Priadi dinasihatkan untuk mendapatkan tiket-tiket istimewa ke konsert dengan kadar yang segera kerana tempat adalah terhad.

    • Dari Planet Lain [VIP Standing] – RM258
    • Gala Bunga Matahari [Standing] – RM158
    • Amin Paling Serius [VIP Seated] – RM258
    • Foto Kita Blur [Normal Seated] – RM188
    • VVIP Box – RM4,000

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,240FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts