Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Tuesday, December 24, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentPenyanyi Rap San E Berdepan Tuduhan, Cederakan Orang Awam Guna Telefon Sampai...

    Penyanyi Rap San E Berdepan Tuduhan, Cederakan Orang Awam Guna Telefon Sampai Patah Gigi

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Penyanyi rap terkenal Korea Selatan iaitu San E berdepan dengan satu tuduhan jenayaha apabila dipercayai melakukan serangan ke atas orang awam di sebuah taman yang terletak di Mapo-gu, Seoul.

    Pukul sampai patah gigi

    Memetik laporan The Express Tribune, pemilik nama Jung San ini pada awalnya difahamkan menegur cara seorang individu yang menolak basikal berhampiran pintu masuk taman berkenaan pada 17 Ogos lalu.

    Walau bagaimanapun, keadaan dilaporkan menjadi kecoh sehinggakan pelantun lagu ‘Wannabe’ itu bertindak memukul mangsa dengan menggunakan telefon dan beberapa objek lain sehingga mendatangkan kecederaan.

    Mangsa kemudiannya membuat laporan polis berhubung kejadian dan mendakwa mengalami kecederaan pada bahagian mata serta patah gigi.

    Sementara itu, polis di daerah Mapo-gu memaklumkan bahawa mangsa juga bakal didakwa atas tuduhan yang sama kerana turut menyerang San E dalam pergaduhan tersebut.

    Individu itu juga akan didakwa atas tuduhan serangan kerana kes yang berlaku diklasifikasikan sebagai kes keganasan bersama.

    Bagaimanapun, mangsa disahkan tidak menggunakan sebarang objek sebagai senjata.

    Dalam pada itu, wakil pihak pengurusan bagi San E dilihat enggan mengulas lanjut berhubung insiden yang berlaku.

    Mohon maaf, kami enggan mengeluarkan sebarang komen mengenai isu ini buat masa ini.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts