Suara Malaysia
ADVERTISEMENTShopee SaleShopee Sale
Sunday, July 7, 2024
More
    ADVERTISEMENTShopee Sale
    HomeEntertainment‘Penyatuan Sharifah Aini & Siti Nurhaliza Merupakan Pencapaian Membanggakan Sepanjang Huzz Bergelar...

    ‘Penyatuan Sharifah Aini & Siti Nurhaliza Merupakan Pencapaian Membanggakan Sepanjang Huzz Bergelar Wartawan’

    -

    Shopee CNY Sale


    Allahyarham HuzzAllahyarham Huzz

    Adik kepada Allahyarham Huzz, Nur-ul Afida menyifatkan momen penyatuan dua penyanyi hebat iaitu Allahyarham Datuk Sharifah Aini dan Datuk Seri Siti Nurhaliza merupakan antara pencapaian membanggakan sepanjang abangnya bergelar wartawan hiburan.

    ‘Satukan Sharifah Aini & Siti’

    Allahyarham HuzzAllahyarham Huzz

    Memetik laporan Majoriti, Nur-ul Afida berkata, arwah merupakan seorang yang peramah dan ceria selain mudah disenangi oleh rakan artis.

    Penyatuan Biduanita Negara, Allahyarham Datuk Sharifah Aini dan penyanyi nombor satu negara iaitu Datuk Seri Siti Nurhaliza merupakan antara pencapaian membanggakan sepanjang Huzz bergelar wartawan hiburan.

    Dia mempunyai kenalan rapat dengan selebriti hebat tanah air, detik yang paling diingati adalah ketika dia menyatukan dua penyanyi hebat tersebut.

    Ketika itu, satu negara digemparkan dengan kontroversi antara dua penyanyi berkenaan dan Huzz merupakan individu yang berjaya memujuk kedua-duanya bersemuka serta berdamai menerusi satu sesi fotografi.

    Orang mungkin tidak tahu, tetapi arwah sangat disenangi dalam industri tanah air dan sentiasa memberikan sokongan kepada rakan-rakan artis.

    Nur-ul Afida berkongsi mengenai perkara itu kepada pengamal media ketika menerima kunjungan daripada Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO), baru-baru ini.

    Dalam pada itu, ibunya, Noor Hamid, 79, menerima faedah pencen penakat seumur hidup sebanyak RM1,027 dan Faedah Pengurusan Mayat (FPM) sebanyak RM3,000 secara sekali bayar daripada PERKESO.

    Terdahulu, Allahyarham Huzz dilaporkan menerima rawatan di Unit Onkologi, Hospital Kuala Lumpur sejak Mac 2024 dan disahkan menghidap kanser usus tahap empat, sebelum disahkan meninggal dunia pada 8 Jun lalu.

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,437FansLike
    1,181FollowersFollow
    1,049FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTAuto AffiliateAuto Affiliate

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts