Banyak kediaman mewah selebriti termasuk Paris Hilton dan Mandy Moore hangus dijilat api.
Selain mereka, salah seorang selebriti yang turut kehilangan rumah dalam bencana alam tersebut adalah James Woods.
Warga Net Ungkit Kelantangan Woods
Dalam satu perkongsian di media sosial, Woods dilihat sebak dan menangis mengenang kediamannya yang musnah dijilat api dalam bencana tersebut
Saya ingat saya akan kuat tetapi tidak
Menurut Woods dia dan isteri baru menambah baik kediamannya bulan lalu selepas banyak menghabiskan masa di hotel kerana pandemik COVID 19.
Kami berenang hampir setiap hari dan esoknya ia telah musnah.
Melihat diruangan komen, ramai dalam kalangan pengguna media sosial kurang bersimpati dengan nasib yang menimpa Woods.
Hal ini kerana Woods sangat terkenal dengan kelantangan dalam isu yang meibatkan Palestin dan Israel.
Malah dia juga merupakan penyokong tegar Israel. Dia juga diketahui sangat lantang bersuara dan menyebar kebencian dalam kebanyakan ucapannya yang disifatkan sebagai kebebasan bersuara.