Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainment‘Peraduan Janji Happy: Seronok Menonton, Seronok Menang!’ Tanda Penghargaan TV9 Buat Penonton!

    ‘Peraduan Janji Happy: Seronok Menonton, Seronok Menang!’ Tanda Penghargaan TV9 Buat Penonton!

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Sebagai tanda penghargaan buat penonton setia, saluran televisyen di bawah naungan Media Prima Berhad (MPB) iaitu TV9 bakal kembali dengan peraduan tahunan yang dinanti-nantikan iaitu ‘Peraduan Janji Happy’.

    Hargai penonton setia

    Pada edisi tahun kedua peraduan ini, TV9 menawarkan hadiah wang tunai keseluruhan berjumlah sehingga RM9,000 dengan seramai 18 pemenang bertuah bakal membawa pulang RM500 setiap seorang dan mungkin anda salah seorang dari mereka!

    Menurut Pengurus Besar, Pengurusan Kandungan & Siaran TV9 iaitu Puan Khairunnisa Kamarulzaman, peraduan yang dianjurkan ini adalah seabgai tanda terima kasih buat penonton setia yang sentiasa memberi sokongan padu kepada saluran televisyen tersebut.

    TV9 menganggap bulan september sebagai bulan yang sangat istimewa. Jutaan terima kasih kepada penonton yang sentiasa menyokong kami dan menjadikan TV9 sebagai salah satu saluran paling berpengaruh di Malaysia!

    Kami sekali lagi mengembalikan ‘Peraduan Janji Happy’ untuk penonton dan mereka berpeluang memenangi wang tunai dengan menonton program-program menarik seperti Buletin TV9, filem dan telefilem.

    Tahun lepas, peraduan ini menerima lebih daripada 11,000 penyertaan dari seluruh Malaysia.

    Kami di TV9 amat berbesar hati dengan sokongan dan sambutan yang berterusan daripada penonton setia kami dan kami akan terus berusaha untuk menyajikan lebih banyak program yang membina dan memberi manfaat kepada semua penonton.

    Untuk makluman, ‘Peraduan Janji Happy’ ini akan berlangsung dari 1 hingga 30 September 2024 dan caranya mudah sahaja untuk anda sertai.

    Cara menang hadiah RM500!

    Anda hanya perlu menonton program-program terpilih di TV9 sepanjang bulan September, dan kira jumlah logo ‘Janji Happy yang muncul di skrin TV.  Kemudian, anda perlu melengkapkan slogan secara kreatif tidak melebihi 20 patah perkataan.

    ALSO READ:  Bayar Kemudian Sambil Nikmati Lebih Diskaun & Ganjaran Melalui Perkhidmatan PayLater by Grab!

    Jawapan dan slogan tersebut hendaklah dihantar di ruangan komen pada posting peraduan di Facebook atau Instagram @TV9Malaysia. Paling penting, pastikan anda mengikuti akaun @TV9Malaysia sebelum menyertai!

    Jadi, apa tunggu lai? Sertai ‘Peraduan Janji Happy’ sepanjang bulan September ini dan rebutlah peluang untuk memenangi wang tunai berjumlahRM500!

    Peraduan ini terbuka kepada semua rakyat Malaysia yang berusia 18 tahun ke atas. Pastikan anda mengikuti akaun Facebook atau Instagram @TV9Malaysia terlebih dahulu sebelum menghantar penyertaan. Ingat, setiap penyertaan tertakluk kepada terma dan syarat.

    Siap sedia di hadapan TV dan nantikan program-program menarik sepanjang bulan September ini dan saksikanlah telefilem seperti ‘Bini Aku Hantu Langsuir’, ‘Derhaka’, ‘Sekilas Qalbu’, ‘Misteri Maria’, ‘Ada Sejadah Panjang Terbentang’, dan ‘Anak Syurga’.

    Selain itu, nikmati filem-filem blockbuster seperti ‘Rock’, ‘Rock 4: Rockers Never Die’, ‘Yes, Madam!’, ‘Magnificent Warriors’, dan ‘Gong’ yang akan ditayangkan menerusi Skrin di 9, Kuasa 3 Malam, dan Wayang Hujung Minggu setiap hari pada jam 8.30 malam.

    Jangan lupa juga untuk mengikuti Buletin TV9 setiap hari pada jam 7.00 malam, hanya di TV9.

    Untuk maklumat terkini tentang program-program TV9, ikuti media sosial rasmi Facebook, Instagram & X di @TV9Malaysia serta TikTok @TV9MalaysiaOfficial atau tonton menerusi myFreeview saluran 109, Astro saluran 149, Unifi TV saluran 109 dan Tonton live TV.

    The following two tabs change content below.



    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,248FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts