Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Thursday, September 19, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentPercutian Idaman Lebih Jimat, Diskaun Sehingga 30% dari Malaysia Airlines di MATTA...

    Percutian Idaman Lebih Jimat, Diskaun Sehingga 30% dari Malaysia Airlines di MATTA Fair!

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    freepik.com

    Siap sedia untuk rancang percutian impian korang kerana MATTA Fair kembali lagi dengan tawaran yang lebih menarik, dan kali ini Malaysia Airlines turut serta dengan pelbagai promosi istimewa yang tidak boleh dilepaskan.

    Sama ada korang merancang percutian keluarga, bulan madu, atau sekadar melarikan diri seketika dari kesibukan kota, MATTA Fair dan Malaysia Airlines akan memastikan setiap destinasi yang korang impikan menjadi kenyataan dengan harga yang berbaloi dan pengalaman yang tidak dapat dilupakan.

    Untuk pengetahuan korang, MATTA Fair akan berlangsung di MITEC, Kuala Lumpur pada 6 hingga 8 September ini dengan pelbagai tawaran percutian, pakej menarik, promosi tiket penerbangan, dan banyak lagi.

    Malaysia Airlines tawar penjimatan sehingga 30%!

    Kalau kita cakap pasal penjimatan luar biasa, inilah masanya!

    Promosi dari Malaysia Airlines kali ni betul-betul meletop dengan tawaran penjimatan sehingga 30% untuk pelbagai destinasi impian yang memang jadi idaman ramai.

    Bayangkan, korang boleh terbang ke kota-kota hebat macam Hong Kong yang penuh pesona, Seoul yang trendy, Tokyo yang tak pernah tidur, Jakarta dengan makanan dan budaya penuh warna, Trivandrum permata Kerala dengan pantai yang cantik, London syurga membeli belah atau nak feeling alam semula jadi di Perth, semua tu dengan harga yang berbaloi-baloi!

    Bukan setakat luar negara, Malaysia Airlines juga tawarkan diskaun hebat untuk destinasi domestik seperti Kota Kinabalu dan Kuching, menjadikan percutian dalam negara lagi menarik.

    Nikmati diskaun tambahan 5% & raih 5x mata ganjaran EnrichMoney

    Lebih menarik, Malaysia Airlines juga sediakan diskaun tambahan 5% dan 5x mata ganjaran EnrichMoney buat ahli Enrich.

    Bukan itu je, siap ada diskaun tambahan 5% lagi sekiranya korang tempah tiket penerbangan melalui laman web rasmi atau aplikasi mudah alih Malaysia Airlines dari 6 hingga 8 September ini.

    ALSO READ:  ‘Suami Tak Izin Saya Bergandingan Dengan Hero Atau Berlakon Drama Cinta’ – Dahlia Rizal

    Tawaran eksklusif 72 jam ini membolehkan korang merancang perjalanan dengan lebih bijak sambil memanfaatkan penjimatan dan ganjaran maksimum.

    Jadi, apa tunggu lagi? Tempah sekarang dan rasai pengalaman penerbangan yang tidak dapat dilupakan sambil menikmati keuntungan berganda di laman web Malaysia Airlines. 

    *Tertakluk terma dan syarat.

    Malaysia Airlines turut teruja untuk mengumumkan laluan penerbangan terus baharu dari Kuala Lumpur ke Paris dengan tambang pergi balik serba lengkap dua hala, termasuk semua bermula dari RM3,699.

    Untuk mengetahui lebih lanjut tentang laluan baharu ini dan menempah tiket ke bandar impian, lihat tawaran promosi di sini !

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,251FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts