Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Tuesday, December 24, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentPercutian Kali Pertama Selepas Kahwin, Shikin Maembong & Cat Farish Pilih Paris...

    Percutian Kali Pertama Selepas Kahwin, Shikin Maembong & Cat Farish Pilih Paris Sebagai Destinasi Untuk ‘Honeymoon’

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Pelakon Shikin Maembong dan suaminya iaitu Cat Farish dilihat sedang bercuti di Perancis.

    Percutian pertama sebagai suami isteri

    Menerusi sebuah posting di Instagram, Shikin memberitahu, percutian tersebut merupakan percutian pertama mereka sebagai suami isteri.

    Bonjour from Paris. Percutian pertama kami sebagai suami isteri selepas kahwin. Jadi masih valid kalau kami katakan ‘honeymoon’.

    Dekat sini sejuk gila, jalan pun terpaksa berpeluk 24 jam. Jadi romantik.

    Tambah Shikin, ia boleh disifatkan sebagai fasa bulan madu buat mereka juga. Bercerita mengenai suasana di Paris, Shikin berkata, masyarakat di sana sangat peramah dan suka menolong.

    Ada cerita saya tersangkut dekat pintu tren, mat salleh belakang saya tolong bagi kad dia untuk saya. Kemudian dia yang panjat pintu untuk masuk ke dalam. Terharu betul.

    Sekadar info, Shikin pernah mendirikan rumah tangga dengan Chef Riz yang juga anak kepada Datuk Redzuawan Ismail atau Chef Wan pada 5 Disember 2014, tetapi bercerai pada Jun 2016.

    Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Putri Arianna. Shikin berkahwin buat kali kedua pada Mac 2020, namun, berpisah selepas dua tahun.

    Shikin kemudian mendirikan rumah tangga bersama anggota kumpulan Ruffedge itu pada 13 Julai tahun lalu.

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts