Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Tuesday, November 26, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentPereka Fesyen Jovian Mandagie Sah Bercerai Dengan Nina Ismail Sabri Sejak Ogos,...

    Pereka Fesyen Jovian Mandagie Sah Bercerai Dengan Nina Ismail Sabri Sejak Ogos, Tekad Tak Mahu Membenci

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur
    Keperihatan terhadap kesan perceraian ke atas institusi kekeluargaan, terutamanya terhadap anak-anak, adalah tidak asing. Perceraian ibu bapa yang kadang-kadang membawa kepada pertikaian hak jagaan anak boleh memberi kesan emosi kepada anak-anak.
    Walaubagaimanapun, terdapat juga pasangan yang sanggup mengorbankan ego dan dendam demi kepentingan anak-anak. Ini menunjukkan bahawa walaupun tidak mudah bagi pasangan yang sudah bercerai untuk bekerjasama dalam urusan yang melibatkan anak-anak, ia bukanlah tidak mungkin.
    Perceraian tidak semestinya membawa konflik. Yang penting adalah untuk melihat ke hadapan. Pengalaman hidup bersama yang telah berlalu perlu disesuaikan terutamanya apabila melibatkan kepentingan anak-anak.
    Terdapat istilah dalam masyarakat yang popular, “kahwin baik-baik, tidak akan bermasalah semasa dan selepas perceraian”.
    Maka, adalah tanggungjawab suami untuk membayar nafkah. Jangan lalai dalam membayar nafkah anak. Pihak yang mendapat hak penjagaan anak, terutamanya ibu, tidak seharusnya menghalang anak-anak daripada berhubung dengan bapa mereka.

    Berita terkini, pereka fesyen, Jovian Mandagie, baru-baru ini mengumumkan bahawa beliau dan isterinya, Nina Ismail Sabri, telah bercerai sejak bulan Ogos yang lalu.

    Melalui Instagram (IG), kira-kira sejam yang lalu, Jovian menyatakan bahawa dia dan Nina, yang juga anak kepada bekas Perdana Menteri yang ke-9, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, telah berpisah secara baik.

    “Ada perkahwinan istimewa yang tercipta untuk seumur hidup, tapi perkahwinan kami berkembang menjadi persahabatan seumur hidup.

    “Pada Ogos lalu, kami bersetuju menamatkan ikatan perkahwinan yang berusia 10 tahun kerana kami percaya itu adalah jalan yang terbaik.

    “Memandangkan kebahagian Jeanelle adalah kebahagian kami, jadi kami sudah lakukan yang baik. Alhamdulillah.

    Jovian yang akan meraikan ulang tahun perkahwinan ke-10 pada 11 Disember itu turut menyatakan perasaan terharu atas sokongan dan kata-kata positif dari pengikutnya di laman sosial, justeru merasakan berita itu perlu dikongsikan.

    “Semalam, kami adakan sesi secara langsung di TikTok dan kami tersentuh dengan komen mengenai rumah tangga kami.

    “Kami rasa adalah penting untuk kami kongsikan dengan anda semua.

    “Sementara berita ini tidak dijangka, percayalah kami dalam keadaan yang baik. Apa juga yang anda saksikan di media sosial sejak empat bulan lalu adalah benda yang nyata.

    “Kami tidak mungkin akan membenci antara satu sama lain memandangkan kami pernah berkongsi hidup selama hampir sedekad.

    “Terima kasih untuk doa dan sokongan anda untuk babak baharu kehidupan kami ini,” katanya.

    Jovian dan Nina Sabrina berkahwin pada 11 Disember 2013.

    ALSO READ:  [VIDEO] Gelagat Aliff Syukri ‘Shopping’ Dengan Anak-Anak Curi Perhatian Netizen-“Orang Kaya Pun Fikir Banyak Kali…”

    Pasangan itu dikurniakan cahaya mata perempuan, Jeanelle Nika Mandagie yang kini berusia enam tahun.

    Puteri Alia
    Puteri Alia
    Mencari ada apa di sebalik KISAH dunia & lokal.

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts