Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentPergi Bercuti Bawak Duit Cash 10K Dalam Bagasi Mewah, Duit Kak KM...

    Pergi Bercuti Bawak Duit Cash 10K Dalam Bagasi Mewah, Duit Kak KM Lesap Dalam Penerbangan

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Usahawan sensasi Kak KM mendakwa kerugian melebihi RM26,000 selepas bagasinya diumpil ketika dalam penerbangan dari Jakarta, Indonesia ke Kuala Lumpur.

    Pemilik nama sebenar Liana Rosli itu berkata, dia hanya menyedari kehilangan wang tunai berjumlah RM10,000 berserta tiga beg baharu berharga RM16,000 yang diletakkan dalam bagasi ketika tiba di rumah.

    “Saya memang biasa bawa wang tunai dalam ‘luggage’ sebab sebelum ini pun saya pernah simpan RM100,000 dalam beg sama ke Eropah, tapi selamat.

    “Masa menunggu, kami berempat diminta masuk paling akhir walaupun dah tempah ‘hotseat’, tengok-tengok bagasi kami diletakkan di bahagian belakang kerana ruang simpanan atas kami dah penuh.

    Menurut anak kepada dramatis Normah Damanhuri itu, dalam kejadian yang berlaku sekitar dua minggu lalu, dia bertambah marah apabila panggilan kepada syarikat penerbangan tersebut ‘dicampak’ ke sana sini.

    “Apabila saya hubungi pihak terbabit, panggilan saya disambung pula ke bahagian lain yang langsung tidak diangkat.

    Akui Kak KM, awalnya dia enggan mendedahkan insiden dilaluinya namun membuka mulut sebagai pengajaran kepada semua.

    Malah ibu kepada empat anak itu turut membuat laporan polis pada pada 29 November kerana melibatkan jumlah yang besar.

    Pada masa sama dia sudah mengajukan aduan rasmi serta menuntut ganti rugi andai kerugian ditanggung disebabkan kecuaian kakitangan mereka.

    “Selama ini saya percayakan syarikat berkenaan, namun bagai ada yang tak kena sepanjang penerbangan lebih dua jam itu.

    “Beg diumpil dengan benda tajam macam pisau, mana mungkin penumpang boleh membawa barang sebegitu naik pesawat?

    “Harap ada rakama CCTV (kamera litar tertutup) sebab saya nak tahu macam mana kejadian begini boleh berlaku,” katanya.

    Puteri Alia
    Puteri Alia
    Mencari ada apa di sebalik KISAH dunia & lokal.

    Related articles

    Follow Us

    20,248FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts