Pempengaruh, Ryzal Ibrahim meluahkan rasa kecewa susulan komen netizen tentang perkongsian dirinya pergi ke kota suci Makkah balik hari, baru-baru ini.
Artikel berkaitan:Â [VIDEO] Ryzal Ibrahim Pergi Makkah Balik Hari â âTak Sempat Buat Umrah, Hanya Dapat Beli Minyak Wangi Sajaâ
Artikel berkaitan:Â âApa Sahaja Kempen Yang Diterima, Saya & Suami Akan Semak Dahulu Jenama Itu Diboikot Atau Tidakâ â Maryam Younaree
Jahil pengetahuan agama
Menerusi hantaran di Instagram Story, Ryzal menyifatkan netizen cetek pengetahuan dalam agama sehingga menghukum dirinya salah kerana berbuat demikian.
Ramai juga yang jahil pengetahuan agama dalam ruangan komen saya ke Makkah rupanya. Ustaz dah siap bagi hukum masuk Makkah pun dia tak baca. Dia pula buat hukum sendiri.
Maafkan saya kasar sikit tapi komen korang terlalu jahil sampai nak baca ilmu pun malas.
Dalam pada itu, suami kepada pempengaruh Korea Selatan, Maryam Younarae ini turut mempersoalkan pemikiran orang Islam yang suka bergaduh sesama umat sendiri.
Dengan gaya pemikiran masyarakat kita macam ni, macam mana nak lawan musuh Islam? Dia gelak je tengok orang Islam bergaduh sesama sendiri.
Terdahulu, Ryzal mencuri perhatian netizen apabila dia memuat naik video pergi ke Makkah balik hari dan tidak sempat melakukan ibadah umrah.
Menurutnya, dia hanya mempunyai beberapa jam saja untuk transit di King Abdulaziz International Airport, Jeddah sebelum pulang ke Malaysia.